Nak Souvenier best?

end of october

~october dah nak meninggalkan kita..
banyak suka duka pahit manis bulan oktober ni...
tarikh keramat 10.10.10
perkahwinan kayangan angkasawan.
tragedi oktober..
tragedi bas.. (bas terbakar, tragedi bas di genting highland)
dan suka duka piala malaysia..
esok..
dah november..
nak merenung- renung diri.. azam tahun ni dah capai semuanya?..
atau masih 50%..
atau masih angan- angan mat jenin?..
~selamat bulan november

perlawanan akhir piala malaysia, kelantan 2 negeri sembilan 1 (gambar)


keputusan penuh piala malaysia 2010


aidil zafuan tercedera


gol kemenangan

kegembiraan

~tahniah buat team bolasepak kelantan kerana berjaya akhirnya menggondol kejuaraan piala Malaysia 2010. pasukan kelantan menewaskan pasukan bola sepak negeri sembilan dengan jaringan 2 - 1. impian pasukan kelantan untuk menghadiahkan piala untuk sultan muhammad ke v tercapai akhirnya.. meskipun dilanda kontroversi, jurulatihnya dikenakan tindakan, namun usaha mereka berbaloi..akhirnya kelantan juara piala malaysia
buat pasukan negeri sembilan, ketiadaan tonggak utama, aidil zafuan merupakan salah satu punca kekalahan.. aidil tercedera di tengah-tengah kerancakan permainan.. apa pun, permainan akhir malam tadi pasti melakar sejarah bagi pemain dan peminat bolasepak kelantan, dan kenangan kurang manis bagi pasukan dan pemain negeri sembilan...

~pernah masuk stadium tengok bola?

Keputusan penuh Piala Malaysia 2010: Kelantan 2, Negeri Sembilan 1


keputusan terkini bolasepak piala malaysia, negeri sembilan 1 : kelantan 2



first half tadi dihabiskan dekat mall.. ikutkan hati taknak menonton.so balik rumah tengok channel hbo.. tapi, teringin juga nak mengintai kemeriahan hoben jang hoben dan gomo kelate gomo.. buka channel 101 terus goal.. rupenye team kelantan dapat menyamakan kedudukan..
si handsome aidil zafuan cedera la pula..
kemudian lagi sekali goal.. bergema lak stadium..
rupanya kelantan sekali lagi.. sebab team negeri sembilan dah kehilangan taring2nya..

yang tak best tengok bersepah2 botol kat stadium tu(atas trek).. tercemar game.. lepas tu nampak ada orang baling mercun.. harap2 kejadian buruk tak berulang..

~tak sabar menunggu keputusan.. negeri mana bakal menjulang piala malaysia

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru ditabalkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

"Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu. (kosmo online)


~semoga perlawanan ini nanti akan bebas dari insiden tidak diingini

contest:~~The Way They Sleep Giveaway~~


nama: fareez fhaisal
nephew
umur seminggu



~fizah, akhirnya jumpa gambar.. harap sempat lagi join

kesukaran untuk hamil? 4

Pencegahan

  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau mena gih dadah. Lakukan senaman, kekalkan berat badan yang ideal. Cuba elakkan aktiviti yang memberikan tekanan dan kurangkan pengambilan alkohol. Elakkan dan lindungi diri daripada penyakit jangkitan seksual (STD)
  • Lakukan hubungan kelamin semasa waktu subur (hari ke 10-16) untuk meningkatkan peluang kehamilan
  • Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur (bagi wanita)
  • Berkomunikasi, kongsi perasaan dan emosi dengan pasangan secara berterusan serta sentiasa menyokong antara satu sama lain
  • Bagi lelaki, elakkan daripada memakai pakaian seluar dalam yang ketat atau berendam dalam air panas ataupun pergi ke sauna.
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika merasa sakit. Dapatkan juga rawatan bagi penyakit kronik seperti diabetes, hipertiroidisme dsb.

Hoben Jang Hoben

'ORANG lama' dalam skuad Negeri Sembilan tidak rela Piala Malaysia terlepas ke tangan Kelantan. Mereka mahu pastikan kemenangan memihak kepada Negeri Sembilan apabila skuad yang mendapat jolokan Hoben Jang Hoben itu akan turun membuat perhitungan dengan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Rezal Zambry Yahya, 32, Idris Karim, 34, Muhammad Shukor Adan, 32, dan Ching Hong Aik, 37, adalah tonggak paling berpengalaman dalam skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu dan mereka berazam untuk mempastikan piala berprestij itu kekal di bumi Negeri Sembilan (kosmo online)

~team yang mana akan menggondol piala malaysia?good luck

buah pala ubat tidur?


MAKAN buah pala untuk elakkan insomnia.

NATIONAL Science and Technology Authority dalam buku Guidebook on the Proper Use of Medical Plant menjelaskan buah pala mengandungi bahan-bahan yang bermanfaat untuk kesihatan.

Lebih menarik peranan bahan tersebut dikatakan cukup ampuh untuk mengatasi rasa mual, masalah muntah, insomnia, kekejangan dan sakit sendi. (kosmo)


kesukaran untuk hamil? 3

Rawatan

Beberapa ujian asas boleh dijalankan oleh pakar. Ini termasuklah analisis air mani bagi lelaki dan ujian berkaitan hormon pada hari ke-21 bagi ovulasi untuk wanita. Jika ketidaknormalan ditemui semasa ujian klinikal pesakit harus dirujuk kepada pakar kesuburan. Melaluinya pemeriksaan lanjut ke atas tiub fallopio, kaviti uterus dan sebagainya akan dijalankan. Ia dilakukan menggunakan imbasan ultrabunyi (melalui imbasan trans-vagina), imbasan radiologi iaitu HSG (histerosalpingogram) atau pembedahan kecil secara invasif (laparoskopi atau histeroskopi).

Pemilihan rawatan termasuk rangsangan ovulasi dengan ubatan kesuburan dan pemantauan dengan imbasan ultrabunyi serta inseminasi sperma suami ke dalam rahim (permanian beradas). Sesetengah pasangan pula mungkin memerlukan teknik perubatan yang lebih maju. Teknik ini adalah in-vitro fertilization, IVF (bayi tabung uji) di mana telur (ovum) disenyawakan dalam makmal dan embrio yang telah terbentuk dimasukkan semula ke dalam rahim . Suntikan sperma secara intra-cytoplasmic (ICSI) pula bermaksud persenyawaan telur dihasilkan dengan menyuntik satu sperma ke dalam telur. Penyedutan sperma testikular (TESE/TESA) pula adalah di mana sperma diperolehi daripada testis melalui pembedahan. Rawatan pembalikan dari ketidaksuburan adalah pilihan untuk wanita yang telah menjalani pengikatan (ligasi) tiub peranakan.

peringatan!

peringatan ini untuk diri sendiri
(dan dikongsi di sini)

amalan menabung
-kena beli tabung ke?..maksudnya kalau ada duit lebih terus simpan
kurangkan penggunaan kad kredit
-kalau tak pernah ada kad kredit lagi bagus.. adakah kad kredit satu keperluan?
buat list barangan yang hendak dibeli
-kadang-kadang.. eh,seringkali melebihi budget
beli barangan buatan malaysia
-sokong barangan tempatan..
jimatkan elektrik dan air
-hmm.. akan dicuba
makan di rumah
-maksudnya masak dan makan di rumah, bukannya beli dan makan di rumah

~renung-renungkan dan selamat beramal-prof izi

Hutang punca gemuk

~elakkan berhutang ya kawan-kawan

Hutang punca gemuk

KAJIAN oleh pakar Jerman mendapati individu yang gagal melunaskan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan berisiko sehingga dua kali ganda untuk mengalami kegemukan.

Ketua penyelidik, Eva Muenster dari Universiti Mainz membuat kesimpulan itu hasil penyelidikan ke atas 949 responden.

Kesemua responden itu ialah individu yang mendapat khidmat kaunseling berhubung hutang yang mereka tanggung.

Eva kemudian membandingkan keputusan tersebut dengan individu yang bebas hutang. Hasilnya, 11 peratus responden yang mempunyai banyak hutang mengalami obesiti berbanding 25 peratus responden yang bebas hutang.

Malah, 11 peratus responden tadi akan menghadapi masalah psikologi dan akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan tekanan.

(kosmo)

letusan Gunung Merapi


~takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat..peringatan dariNYA

SUKARELAWAN mengusung mayat seorang mangsa letusan Gunung Merapi di Kampung Kinarrejo berdekatan Yogyakarta semalam.

Kostum Darth Vader dilelong

~sesiapa yang berminat nak dapatkan kostum ni anda kenalah ada sehingga rm1.13juta.
kostum ni akan dilelong bulan depan..
berminat ke?..


SEORANG kakitangan Rumah Lelongan Christie, Caitlin Graham membetulkan topi kostum Darth Vader di London semalam.

kesukaran untuk hamil? 2

Sebab-sebab

Di antara sebab-sebab kepada ketidaksuburan adalah masalah berkaitan ovulasi (penghasilan telur) , struktur tiub fallopio dan kaviti uterus yang tidak jelas. Masalah ovulasi boleh disebabkan oleh sindrom polycystic ovarian, hormon yang tidak seimbang, kekurangan atau berlebihan berat badan, sakit kronik dan pembedahan pada ovari. Berkaitan dengan tiub fallopio pula, ia mungkin disebabkan tiub berkenaan tersumbat atau telah rosak. Ini mungkin akibat daripada jangkitan penyakit kelamin (STD), pembedahan sebelumnya atau masalah endometriosis.

Bagi golongan lelaki pula masalah yang biasa dihadapi adalah tahap kualiti sperma yang kurang atau abnormal. Ketidaknormalan ini meliputi bilangan sperma , pergerakan sperma dan atau rupabentuk sperma. Keadaan ini berpunca samada daripada keabnormalan kongenital, masalah hormone, jangkitan pada testis (contoh; demam campak), testis yang termasuk, pendedahan kepada radiasi / bahan kimia, merokok, lebihan berat badan dan varicocele. Bagi sesetengah pasangan pula mungkin sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti dan digolongkan sebagai ?unexplained subfertility?. Tekanan juga mungkin menjadi faktor tetapi agak sukar untuk dikategorikan.

kenapa sotong kurita paul mati?


A football jersey of the Spanish national team is held in front of the aquarium of the 'psychic' octopus Paul at the Sea Life in Oberhausen, western Germany, in July. Paul, who shot to fame during this year's football World Cup in South Africa for correctly predicting the outcome of games, has died peacefully in his sleep, according to his aquarium in Germany

"He appears to have passed away peacefully during the night, of natural causes," said Sea Life manager Stefan Porwoll.

~akhirnya tamat sudah riwayat sotong kurita ini.. mati meninggalkan nama...

contest: first give away!!


TARIKH PENYERTAAN ADALAH MULAI
11 OKTOBER 2010 HINGGA 11 NOVEMBER 2010

let's join HERE

contest: "LUCKY DRAW ANAK AYAH"


Hadiah !!

Tempat Pertama x 1
RM30
sehelai T-shirt


Tempat Kedua x 1
RM20
sehelai T-Shirt


Tempat Ketiga x 1
RM10
sehelai T-Shirt


SAGUHATI x 2
Sehelai Tuala
Keychain

hadiah yang menarik.. jom join
SINI

siapa nak main bola


bukan sembarangan bola..
tapi bola jaring..
lelaki?
boleh ke main bola jaring?
macam tu juga
wanita main bola sepak
bezanya
bolasepak wanita lebih establish dari bolajaring lelaki kan..

what do you think?
(baru pas baca rencana ni kat kosmo)

kesukaran untuk hamil? 1

~ semoga dapat sama2 berkongsi artikel ini dari myhealth

Pengenalan

Kebanyakan pasangan yang berkahwin memperolehi zuriat tanpa sebarang kesukaran atau masalah serta tidak perlu menunggu masa yang lama. Namun begitu, satu daripada enam atau tujuh pasangan ini akan mengalami masalah dan secara perubatannnya ia dipanggil sebagai subfertiliti. Definisi ini bermaksud kesukaran untuk hamil walaupun telah melakukan hubungan seks secara tetap tanpa pelindung selama dua tahun. Bagaimanapun rawatan biasanya akan diberikan selepas setahun berkahwin. Ini tidak termasuk pasangan yang mempunyai masalah organ seksual yang tidak berfungsi kerana tidak mampu untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi atau ejakulasi.

Salah satu daripada sebab utama ketidaksuburan adalah kerana pasangan hanya mula merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga pada usia yang lewat. Ini adalah faktor utama bagi wanita, di mana kadar kesuburan menurun dengan peningkatan usia. Bagi wanita yang berumur di antara 35 hingga 39 tahun peluang untuk hamil akan berkurangan separuh daripada wanita yang berumur di antara 19 hingga 26 tahun

cerita kakak Dato' Siti dan kisah menyedihkan


SAIDA (kanan) dan Mohd. Ghazali masih mengharapkan rumah tangga merekadapat diselamatkan walaupun telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.-kosmo online-

~ajal maut, jodoh pertemuan di tanganNYA..
baru lepas baca entry yang menyayat hati.. kat sini
http://seramsunyi.blogspot.com/
.. alfatihah untuk arwah

" My Raya Moments''


ini bro eryqazz or GTO n family.
kenapa dengannya?
kerana beliau menganjurkan
" My Raya Moments'' contest.
due date 31hb.. sempat lagi

gambar ni dicapture raya tahun 1428h
di rumah kawan
masa ni
anak- anak dara ni tengah belajar
nak mententeramkan seorang baby
tapi..
tidakla berjaya

My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200)

~siapa- siapa nak join silakan disini..

my blog been reviewed!!

believe it or not..
terima kasih buat blogger ini kerana sudi membuat review..
sebenarnya dia akan review semua blogs yang follow dia..
feels appreciated kerana tahu menabg ada orang yang baca blog kita..
so.. siapakah dia?..
introducing..
below


My Photo
Hairil Rizal
- Son of a wonderful mom - Husband of a lovely wife - Father of a cheerful daughter - Brother of fine brothers & sister - Friend of those who accepts me as their friend & as who I am

21. Warlord has a passion in writing. He wrote poems and essays before. He sends materials to magazines and newspapers (but was never published. Hehe!) and now he has fallen in love with blogging. Warlord has a dream that Warlord's Armoury will be one of the top blogs in the country sometime in the future
~didoakan semoga anda berjaya!!

wayang free?


Sypnosis
A bunch of young friends are vacationing in Los Angeles at the Marina when strange white lights begin falling from the sky. Something nasty happens to anyone who looks into those lights, by which we mean their face starts turning all red and crispy. After the lights come giant, spider-like spaceships. And out of those come giant, spider-like alien monsters!

~interested?.. get ur free ticket here
2-3 hari ni asyik menonton transformer je kat hbo tu

nak marahkan anak?




~artikel di kopi pes dari blog manjaku sayang by shaza.. thanks shaza



Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai solat agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

OKU kecacatan pendengaran 5

Pemulihan

Bila untuk mulakan rawatan pemulihan?

  • Intervensi awal perlu bermula sebaik sahaja kanak-kanak mula dikesan mengalami masalah pendengaran seawal usia 6 bulan lagi
  • Beri ibubapa makumat dan pendidikan tentang pendengaran yang normal,pertuturan dan perkembangan bahasa
  • Rujuk untuk program intervensi awal kepada:
    • Pakar Telinga, hidung & tekak, 'speech pathologist, audiologist' di hospital
    • Klinik Kesihatan
    • 'Community Based Rehabilitation Centre'
    • Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
    • 'Integrated School' oleh Kementerian Pendidikan
    • Sekolah pendidikan khas
    • Sekolah cacat pendengaran oleh Kementerian Pendidikan

Di mana untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran?

  • Dapatkan nasihat dari Audiologist

Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?

  • Setelah diagnosis disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan

Siapa yang akan membantu dalam pendaftaran tersebut?

  • Doktor yang memeriksa anda akan mengisi borang-borang tertentu.
Apakah faedah yang boleh anda dapati melalui pendaftaran tersebut?

Bagaimana untuk mendapatkan penempatan pekerjaan?

  • Kementerian Sumber Manusia
  • NGOs

kegunaan wanita

gembira rasa hati..

telah berjaya menang contest ini
rezeki rezeki datanglah lagi...

bagi wanita: silalah berkunjung ke blog ini untuk pengetahuan
dan maklumat mengenai pad.. selain itu ada juga cloth diaper..
handmade oleh empunya blog sendiri..
http://lynnhomemades.blogspot.com/




~terima kasih daun keladi.. lain kali buat lagi dan boleh menang lagi!!!

Lari ikut cikgu pengkid

~sayang je.. pelajar yang pintar boleh terjebak.. dengan guru sendiri.. sepatutnya guru contoh yang baik kepada pelajarnya.. dan apa punca seseorang itu menjadi pengkid?sejarah hitam masa lalu seperti dirogol ahli keluarga, putus cinta? atau masalah mental..

KUCHING: Sepasang suami isteri terpaksa ‘terbang’ ratusan kilometer dari Melaka, semalam, selepas mendapat tahu anak gadis mereka berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 23 hari lalu sedang bercuti di bandar raya ini bersama gurunya yang dipercayai seorang pengkid.

Abu Kassim Ismail, 58, dan isterinya, Faridah Hassan, 56, mendakwa membuat keputusan untuk datang ke Kuching sebaik mendapat tahu anaknya, Khalilah yang menghilangkan diri sejak 8 Oktober lalu, kini dipercayai berada bersama guru wanita berusia 24 tahun itu.

Abu Kassim yang bingung mengenai nasib Khalilah berkata, sebelum ini anaknya memiliki sifat baik dan tidak pernah membantah cakap ibu bapanya selain cemerlang mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.-mstaronline-

‘World’s Coolest Intern‘

Tell us why you’re cool enough to be the World’s Coolest Intern with Standard Chartered Bank for a 6-month internship programme and get paid SGD 30,000 for it.

i'm cool

because

  • i am willing to learn as not been exposed much in banking area and will be glad to be given this opportunity..
  • and
  • i found out that
    Standard Chartered Bank in Malaysia, a member of the Standard Chartered Group was established in Malaysia in 1875 when its first branch opened for business at Downing Street, Penang.
  • and wins a lot of award and latest: The Asian Banker Award for achievement in cash management in 2007

i wanna win Blackberry Torch 9800 smartphones from Celcom!




come n join to win this BB,, who knows u'll be lucky
at nuffnang contest

ada idea nak menang rm10,000?


Free Your Ideas is the latest from the DiGi Easy Prepaid, which gives you and your Buddyz™ a platform to share and fulfill your ideas. From 20 October to 30 November 2010, DiGi will be giving away RM 10,000 a week in support for 6 weeks to fulfill ideas which are voted by you!

~wah menarik hadiahnya.. sesiapa yang berminat nak dapatkan rm10k.. sila lah join kat site nuffnang ni.. hm.. agak-agak kalau dapat 10,000 nak buat apa ye?..

jadi ke tak jadi Datuk AC Mizal?

~semalam masa baca mstar online cuba intai2 juga nama AC, tak ada pun.. yg ada nama datuk hasbullah awang.. bila baca ni baru la faham...


PETALING JAYA: Pelakon Emylia Rosnaida menafikan gelaran Datuk daripada Istana Pahang terhadap suaminya, pengacara A.C Mizal ditarik balik sebaliknya memaklumkan darjah itu akan dikurniakan secara rasmi dalam satu istiadat yang akan diadakan pada bulan Disember nanti.

Emylia yang juga pengurus kepada A.C Mizal berkata, pihaknya telah pun menerima surat pengurniaan darjah kebesaran peringkat kedua iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Ramadan lalu.

“Dakwaan mengatakan darjah berkenaan ditarik balik itu tidak benar kerana pihak kami sudah menerima surat pengurniaan pingat oleh Istana Pahang pada bulan Ramadan lalu. Setahu saya dia (A.C Mizal) akan menerima surat lain dua minggu sebelum istiadat pengurniaan pingat di lakukan pada Disember nanti,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

nuffnang traffic


~inilah trafik yang paling membanggakan
terima kasih buat semua pengunjung pengunjung blog ini
apakah rahsia nya?

yang paling tinggi macam menara 1malaysia yang berharga 5billion tu adalah hasil usaha gigih(gigih la juga) berblogwalking..
selalu mencedok ilmu-ilmu dari blogger otai macam DJ, BA, Kak Ina KL, GTO etc
dan rajin juga join2 contest- walau tak menang- cuma memeriahkan majlis (siapa cakap tak menang?.. dapatla hadiah 2 kali.. hehe)

dan dengan kuasa blogwalking ini dapatla nanti merasa buffered earning...
jom blogwalking- sebab kalau tak.. tengokla graf yang hampir mencium baseline tu..

bloggers.. keep on blogging

gaji kakitangan awam

~semalam ada baca satu blog ni menyatakan slip gaji kakitangan awam akan dikeluarkan melalui website jabatan akauntan negara.maksudnya kena print sendiri la slip gaji tu.. maklumlah sekarang menuju ke arah zero paper.. jadi para penjawat awam perlu ke website jabatan akauntan negara untuk print sendiri slip gaji tersebut..

apa yang diperlukan untuk pendaftaran first time adalah no ic dan no gaji.. lepas tu kena ada password la..
jadi sesiapa yang belum tahu
sila ke website jabatan akauntan negara

OKU kecacatan pendengaran 4

Saringan Cacat Pendengaran

Bagaimana mengesan kehilangan pendengaran awal?

  • Adalah tidak mustahil untuk mengetahui pendengaran bayi seawal sebulan selepas dilahirkan.
  • Penilaian pendengaran perlu dibuat apabila punca-punca yang disenaraikan di atas terdapat pada bayi tersebut atau pada bila-bila masa masalah tersebut disyaki berlaku.

Pengurusan dan rawatan

Adalah lebih baik untuk menyenaraikan langkah-langkah pengurusan dan rawatan mengikut jenis-jenis kecacatan pendengaran.

  1. Jenis 'conductive'
    Kebanyakkan kecacatan jenis ini boleh dirawat menggunakan rawatan ubat dan pembedahan.
    • Tahi telinga/kotoran yang menyumbat - buang kotoran tersebut
    • Jangkitan kuman pada bahagian rongga tengah telinga - ubat dan pembedahan
    • 'Otosclerosis' - pembedahan pada telinga
    • Menggunakan alat bantuan pendengaran jika kaedah ubat dan pembedahan bukan pilihan

  2. Jenis 'sensorineural'
    Kebanyakkan kecacatan jenis ini melibatkan kehilangan pendengaran yang kekal dan tidak dapat dipulihkan dengan menggunakan ubat atau pembedahan. Menguruskan masalah jenis ini adalah seperti berikut:
    • Kaedah menguatkan keupayaan pendengaran
      • Menggunakan alat bantuan pendengaran yang sempurna.
      • 'Cochlear implant' diperlukan terhadap kecacatan pendengaran yang teruk serta masih tidak memberi kesan melalui penggunaan alat bantuan pendengaran.

    • Latihan strategi komunikasi
      • Kemahiran mendengar
      • Kemahiran komunikasi

    • Kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan pendengaran sejak lahir lagi perlu dimasukkan dalam program intervensi awal secepat yang mungkin bagi meransang perkembangan kognitif dan bahasanya. Terdapat pelbagai pilihan komunikasi di negara ini
      • Komunikasi lisan
      • 'Cued speech'
      • Bahasa isyarat

nuffnang traffic

wait...

lucky draw: saya nak coklat



tarikh tutup : 10/11/2010 pada pukul 4 petang...

hadiah utama: sekotak cOklat ferrero rOcher
hadiah kedua : top up maxis Rm5.00

heart Pictures, Images and Photoshanya dua Orang pemenang yg bertuah akan dipilih....
heart Pictures, Images and PhotosPemenang akan d umum an pada 12/11/2010.

tag: sesiapa berminat nak join KLIK SINI

Hadiah apa ya untuk mak?

mak salmia

selamat hari lahir buat makcik aka mak kpd sal
moga hidupa makcik diberkatiNYA sentiasa
amin..

cadangan hadiah untuk mak sal..
yang pertama
tafsir al quran (rm105)
boleh surf di SINI


ataupun yang kedua
telekung (rm105)
boleh tengok di sini



atau yang ketiga
tudung(ada warna merah kesukaan mak sal)(rm79)
tengok kat sini


kalau ada rezeki lebih bolehla bagi tiga2 hadiah ni..
sebenarnya jenis hadiah tak setanding dengan KEIKHLASAN orang yang memberi itu

entry ini khas untuk sal yang mencari idea hadiah untuk birthday maknya.. sesiapa ada idea best juga boleh join kat SINI

contest: "HADIAH PERCUMA!!!!!!"

sesiapa nak join untuk dapatkan hadiah percuma ini sila klik banner

apakah itu bantal panas/tungku moden
Fungsi :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Cara-cara penggunaan:
lebih lanjut- sila ke website ini http://bantalpanas-tunkumoden.blogspot.com/

' Give Away Nazz@Purple '

jom join GA ni


Yang bertuah akan menerima felt keychain dengan nama korang sendiri dan dibahagian belakang keychain nama sesiapa sahaja yang korang nak..hubby ke,bf ,bff ke =)

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!





i've joined..
let's join
HERE
ends 30/10/2010

Contest Terbaru, Menangi Hadiah Lumayan Bernilai RM110!


hadiah lumayan ni
sesiapa berminat boleh join
DI
LIRIK LAGU

link kontest

contest: OCTOBER 2010 BLOG GIVEAWAY


jom join ni.. senang je
KLIK SINI

pemain bola sepak negeri sembilan dan artis

Ayu dan Zaquan akan melangsungkan pernikahan mereka pada 20 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

~p.s good luck untuk pasukan negeri sembilan dan kelantan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...