Nak Souvenier best?

Kisah Penumpang Ambulans..

BERINGAT SEBELUM KENA.. APAPUN JENIS KENDERAAN WALHAL KERETA KEBAL SEKALIPUN KALAU DAH DITAKDIRKAN BEGITU, TIADA SIAPA BOLEH MENGHALANG.. SEKURANGNYA KALAU BERJAGA JAGA.. MUNGKIN BOLEH DIELAKKAN..

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pesakit agar tidak bimbang apabila dibawa menaiki ambulans kerana pelbagai langkah termasuk latihan pemanduan telah dijalankan terhadap pemandu kenderaan tersebut.

Menurut beliau, semua pemandu ambulans telah menjalani latihan yang meluas dan terperinci termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Mereka mahir dan pemandu yang berhati-hati. Jadi pesakit janganlah bimbang. Kita sediakan perkhidmatan yang cemerlang," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Merdeka Raya Kementerian Kesihatan di sini semalam.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, sebanyak lima kemalangan dicatatkan yang membabitkan ambulans dan mengorbankan pesakit yang sedang dibawa menaiki kenderaan kecemasan itu.

Tiong Lai berkata, kementerian itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman untuk mengenal pasti faktor-faktor dan punca kemalangan itu berlaku.

Katanya, had kelajuan ambulans akan dikaji semula kerana kenderaan itu diubah suai selain dilengkapi dengan pelbagai peralatan mengikut klasifikasi pada ambulans sama ada jenis A, B dan C.

"Jadi adalah penting untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pemandu mengenai had kelajuan kenderaan itu kerana ambulans telah diubah suai," kata beliau.

4 comments:

mrs kayrul said...

sekarang rasanya ramai yang fobia nak naik ambulan lepas dengar macam2 kes pasal ambulan nie

Unknown said...

ambulan bawa 50km/j dah la..laju² watpa kan....

Cikli said...

saya pernah bertanyakan sekumpulan doktor dan paramedik.
perlukah nenong-nenong belakang orang di lampu isyarat ambulan ini?
sebab dah ada orang eksiden kerana kalutkan ambulan yang datang meluru nenong-nenong dari belakang.

saya tak minta jawapan. cuma minta dikaji balik.

♥ Nana BamBam ♥ said...

pasni kalau nk gi spital nak naek helikopter je lah..sonang sikit langsung xda kemalangan an :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...