Nak Souvenier best?

Camne Kita Sambut Hari Malaysia semalam??..

HARAPNYA BUKAN MACAM CERITA KAT BAWAH NI LA YE..

ALOR GAJAH – Sekumpulan 87 individu ditahan dalam keadaan mengaibkan apabila mereka didapati berada dalam keadaan khayal dan bercumbuan secara terbuka dengan alasan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 serta Hari Malaysia ketika menyertai parti sulit di sebuah banglo yang dicemari dadah dan arak semalam.

Parti liar di banglo sebuah pusat peranginan di sini itu diserbu pukul 2.30 pagi selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan tidak bermoral tersebut.

Serbuan itu diketuai oleh Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Cif Inspektor Mohd. Hisham A. Rahman bersama 14 anggota.

Daripada 87 individu berusia di antara 18 dan 35 tahun itu, tujuh daripadanya merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita.

2 comments:

SoLy SoLicious said...

negara merdeka,sedangkan minda masih lagi terjajah..huhu

Rozali said...

Assalamualaikum Nur

sejarah menunjukan, rakyat mengikuti imamnya

Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...