Nak Souvenier best?

Gaji Sektor Awam Naik?

 

Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012.-sumber-

4 comments:

far_east said...

better naik gaji..

Mama Syabil and Rania said...

naik gaji pun kalau harga barang makin naik pun takde makne nye...

najihah sahami said...

hari ni gaji naik esok barang lak naik..heh...dunia2...

Wyna Nubies said...

As Salam,

Bersyukur la gaji naik...
barang naik dh jadi satu masalah global..so,apa heran kan? negara kita ni bkn kecik mcm brunei yg kaya tu..dan bukan besar cam indobesia yg sedikit miskin tu..Malaysia negara yg sederhana..so,bersyukur la selagi boleh bersyukur.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...