support breastfeeding!!!
just to share few information...
Kebaikan
Untuk bayi :
•Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
oIa mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
oKandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
•Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
oIa melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan
radang paru-paru.
•Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
•Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
•Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
•Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah
untuk disediakan.
•Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
•Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan
meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
•membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
•membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
•mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
•menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
•Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
•Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
any others?.. care to share...
1 comments:
Indeed mothers' milk is the BEST !!
Proven because my elder son seldom take mother's milk however his younger sister took.... more healthy !
Post a Comment