Bagaimana saya boleh tahu bila “Dana Kecemasan” dapat digunakan?
Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal. Masih ingatkah perbincangan kita tentang menetapkan syarat? Buat beberapa syarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini, supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri!
Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:
- Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau Kehendak?
- Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
- Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
- Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
- Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
- Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan
saya ini pada bulan depan?
Sentiasa ingat bahawa ini adalah “Dana Kecemasan” anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya! Tiada alasan!
Kesimpulan
Terdapat satu lagi pepatah Melayu yang mengatakan bahawa kita patut sediakan payung sebelum hujan. “Dana Kecemasan” ini adalah payung kita dan pastikan ia cukup besar untuk melindungi anda apabila hujan (tetapi pastikan tidak ada kebocoran!)
Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkin penyelamat anda suatu hari nanti.
~semoga mendapat pengajarannya..
untuk lebih lanjut..
visit akpk
0 comments:
Post a Comment