Nak Souvenier best?

Gaji amah RM800 ditolak

Gaji amah RM800 ditolak

TELUK KEMANG 7 Ogos – Malaysia menolak cadangan Indonesia untuk tetapkan bayaran minimum gaji pembantu rumah warganya sebanyak RM800 sebulan kerana Malaysia tidak mempunyai struktur gaji minimum.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, berkata, selain itu kerajaan berpendapat pertambahan daripada RM300 hingga RM400 berbanding gaji amah sekarang dilihat agak membebankan dan tidak munasabah.

“Kita belum memperkenalkan bayaran minimum bagi mana-mana industri kerana ia adalah polisi kerajaan selama ini. Bayaran kepada pekerja asing bergantung pada kadar pasaran semasa.

“Tidak adil jika kita hanya menetapkan kadar bayaran kepada pekerja domestik dari Indonesia sedangkan industri lain yang turut menggunakan pekerja dari negara berkenaan tidak diambil langkah yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Motivasi dan Latihan Kerjaya di Kem Uniti Pasir Panjang di sini hari ini.

Subramaniam menambah, tuntutan Indonesia berhubung perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya Malaysia menetapkan gaji minimum dalam semua sektor pekerjaan.

Katanya, bagaimanapun kadar bayaran bagi pembantu rumah warga Indonesia masih boleh dinaikkan sekiranya mereka mengambil kursus yang diiktiraf bagi meningkatkan kemahiran dan meningkatkan produktiviti dalam bidang tersebut.

“Kita mungkin boleh setuju untuk menaikkan kadar itu jika ia mengikut sistem upah berdasarkan produktiviti. Pekerja yang menghadiri kursus berkaitan dan lengkap dengan kemahiran boleh memohon gaji yang setaraf dengan kelayakan mereka,” katanya.


~kalau basic mcm ni.. kerje amah saja lah..

2 comments:

Shahril @ eddy_duyung said...

Rakyat Malaysia kerja kilang baru gaji rm350,nie baru amah dah ngada2 nak gaji rm800...guna seterika pun tak reti...makan tanggung,penginapan free,...patut-patut la kan??

nur said...

ada juga yang sanggup buat kejam kat majikan sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...