Nak Souvenier best?

Panduan Puasa untuk IBU HAMIL.


~NAK BERKONGSI ARTIKEL INI.. DARI ENTRY SEBELUM INI PERNAH DIKONGSI.. CUMA NAK INGATKAN KEMBALI..




Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.

Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.
Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.
Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.
Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.
Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.
Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.
Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.
Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.
Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.
Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Masa kakak mengandung anak pertama minggu terakhir kakak terpaksa tak berpuasa bukan kerana kakak tak tahan tapi bimbang pada baby yg tak bergerak. SO hal ini selain kena qada' puasa kakak juga kena bayar fidyah kerana berpuasa bimbang pada anak dikandung..

Selamat berpuasa Nur...

StellaClaire-Richard said...

kesian jugak baby dalam perut jika tak cukup nutrisi..

ieja amieja said...

assalam..bagus info ni utk ibu2 hamil..pengalaman akk ank pertama x dpt puasa penuh berbanding ank kedua..ank ketiga plk cuti sehari..syukur

YanaHime said...

sy pun tak dapat berpuasa tahun lepas sbb baby x tahan lapar. mgkn pelik @ mcm alasan but this is true. tiap kali tahan lapar, baby tendang2 perut, dhlaa masa tu 9 bln...dh sarat sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...