Nak Souvenier best?

Imam Solat Tarawih: Local atau import? Pilihan?..

~SERONOK BACA CERITA DR ISMAIL IBRAHIM NI..


Di kampung saya dulu, imam Haji Dolah atau Haji Mohd Rejab itulah yang ada. Mereka baca "simple" saja ketika menjadi imam tarawih iaitu surah Fatihah dan ayat lazim yang biasa dibaca dalam sembahyang tarawih waktu itu, sembahyang pertama dimulai dengan surah "Al Hakumut Takathur..." sehingga akhirnya bila sampai ke sembahyang tarawih yang akhir sebelum sembahyang witir, dibaca surah "Tabbat Yada Abi Lahab..." sebab itu budak-budak kampung kata bila bunyi imam baca Tabbat... tu kita cepat-cepat pergi kerabat surau atau masjid nak makan moreh kerana sembahyang dah nak habis... Tabbat dan Kerabat... kata mereka...

Di kampung pada masa itu tak pernah timbul nak sembahyang tarawih lapan atau dua puluh rakaat. Orang-orang tua yang berasa letih sikit sembahyang dua tiga kali, empat enam rakaat, lalu berhenti, duduk-duduk di tepi, atau keluar kawasan, hisap rokok daun, kemudian masuk sambung sembahyang lagi. Mereka pun pandai mencuri nafas iaitu ada jemaah yang mencuri tulang ketika imam bangun meneruskan sembahyang tarawih, dia duduk lagi, hanya dengar imam baca, bila imam baca surah selepas baca Fatihah, dekat-dekat imam nak habis baca surah, barulah dia bangun takbir ikut imam. Maknanya dia dapat berehat di antara sembahyang, lama sikit, hilang letih, agaknya kerana siang tadi terlalu banyak membajak sawah, atau potong getah, sebab itu dalam sembahyang pun boleh menguruskan masa rehat yang baik..

1 comments:

TS said...

kat kampung slalu klu imam dah berumur mesti surah pendek2 je..
lagipon taknk membebankan tuk ibadah ni kan kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...