Pengumuman Tarikh Puasa 2012./ Perisyhtiharan.- ditaja oleh SPR.
Sebentar tadi diumumkan Tarikh Puasa untuk tahun 2012 oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 1 Ramadhan tahun ini jatuh pada hari 21 Julai 2012 iaitu pada hari Sabtu ini. Maka solat Tarawikh akan bermula esok malam.
Selamat BERPUASA untuk kawan-kawan yang muslim. Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan amalan kita semua. Jauhkan kontroversi. Tingkatkan prestasi.
**Teringat zaman kecik kecik, beratur depan TV ramai-ramai dengar tarikh puasa diumumkan. Lepas tu bersorak sorai ramai-ramai.. Lagi satu bila pengumuman Tarikh Raya.. lebih lebih excitednya.. Rindu kenangan tersebut.
darulnuman.comAbu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
3 comments:
ala, tadi tak sempat tengok pengumuman mula puasa... anak saya merengek mcm2 sebab, akhirnya sibuk layan dia terlepas dgr pengumuman tu...
Aisy
pukul 11 nanti ada kat tv1
Assalamualaikum Nur
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Post a Comment