~Dari Filim Laxmana Do Re Mi ni la asal usulnya frasa TUAN TANAH KEDAUNG ye..
Tak pernah jemu menontonnya.. What say u?
Filem ini berkisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada kerja dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buluh Betung. Puteri tersebut mengurniakan tiga ganjaran untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.
Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai pendekar. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk mencari pendekar. Mereka bertiga berjaya mengalahkan pendekar negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Raja Fasola. Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan Raja Fasola dengan alatan yang mereka ada.
1 comments:
golden goose sneakers
bape outlet
kd 12 shoes
yeezy 700
off white clothing
Post a Comment