Nak Souvenier best?

PUDING KARAMEL KUKUS.

RESEPI PUDING NI YANG DI GODEK KEMBALI DARI ENTRY LAMA..
hajat di hati nak dibikin untuk juadah nanti.
Bahan-bahannya ada ke takde?
Jom godek-godek dapur dulu ye..


Puding Karamel

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air

*Cara
Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min. Sejukkan dan kalau suka tuangkan mix fruit cocktail diatasnya. Sesiapa yang ada diabetic @ tak suka manis, boleh kurangkan gula dalam adunan sebab bila dah tuang fruit cocktail, air gula yang ada akan menambah rasa manisnya.



image from google..

5 comments:

Aisy Nasiha said...

amboi, awal2 dah buat entry pasal makan ni...sedap tu...

Kira Kekuri said...

wahh belum pernah buat, nanti nak buat lah. hee

Sharinginfoz said...

lama tak makan benda alah n

Ardini Humaira said...

teringin nak wat puding karamel :)

.: iEyLa :. said...

makan lepas masuk dlm peti sejuk2 tu best kan kak..huhu..aduiishh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...