Nak Souvenier best?

bomb limau bali....

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut manakala rakannya melecur hampir 90 peratus selepas satu bom buatan manusia meletup sebaik mereka cuba mengalihkan dua limau bali yang dijadikan ‘suis’ kepada bom berkenaan yang diletakkan di atas kotak di depan rumah majikan mereka, pagi semalam
PERIKSA...sekumpulan anggota forensik memeriksa kesan letupan. ANGKAT...serpihan letupan bom sendiri. KESAN...serpihan letupan bom di hadapan rumah.


PERIKSA...sekumpulan anggota forensik memeriksa kesan letupan.
Wanita dikenali Ng Siew Hong, 51, meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira jam 5.30 petang manakala rakannya, Koh Yong Sheng, 38, yang melecur dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Ng yang tinggal bersama majikannya, H K Lim, 51, menerima satu kotak yang di atasnya terdapat dua limau bali yang diletakkan di depan pintu rumah majikannya di tingkat 12, Pangsapuri Desa Tun Razak.

Ng yang kebetulan membuka pintu sebaik terdengar bunyi pintu diketuk mendapati ada dua limau bali dan kotak ditinggalkan di depan pintu.

Dia memaklumkannya kepada Lim yang kemudian bertanya jiran sama ada menghantar buah dan kotak berkenaan untuknya. Bagaimanapun, jiran mereka menafikan menghantar buah dan kotak itu.

Berikutan itu, Lim mengarahkan Ng memanggil Koh yang berada di tingkat bawah untuk naik dan membuka kotak berkenaan bagi mengetahui isi kandungannya.

~kat malaysia pun dah ada kes2 macam ni.dulu hanya boleh tengok kat negara2 lain.. dah kurang selamat sekarang ni.. minta dijauhkan la ya..

2 comments:

aSmiDar said...

ermmm tgk brita ni kat tv semalam..takutkan...
xbrapa nak aman jugak kita ni sebenrnya..huhuhu

nur said...

sekarang ni bahaya ada kat mana2.. minta dilindungiNya sentiasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...