Nak Souvenier best?

Elak ditipu semasa promosi `Jualan Murah’: Ismail Sabri

~berhati2 menjelang ramadan ni.. biasanya situasi yg dihadapi di mana dah beli setengah2 barang.. bila ke kedai lain pula harga yang jauh lebih murah... menyesal pun ada tapi orang kata bukan rezeki.. jadi kena buat keputusan yg betul sebelum membeli belah

BERA - Orang ramai diingatkan berhati hati semasa membeli barangan pada promosi “Jualan Murah” bersempena Aidifitri bagi mengelak daripada ditipu peniaga yang menjual barangan berkenaan pada harga lama dan bukannya pada harga diskaun.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai yang merasakan mereka ditipu boleh membuat aduan kepada bahagian penguatkuasa kementerian berhampiran ataupun menghubungi hot line kementerian 1300–888-255.

"Kementerian baru-baru ini telah mengeluarkan arahan bahawa peniaga atau pekedai yang hendak mengadakan jualan murah perlu mengemukakan semua senarai barang termasuk harga asal dan yang baru bagi membolehkan kelulusan diberikan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Bera di pekan Kerayong di sini, hari ini.

Beliau berkata, peniaga atau pekedai yang melakukan penipuan di bawah Skim Jualan Murah boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi peniaga persendirian, denda RM250,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk syarikat.

2 comments:

maisyah said...

salam..
Kita pembeli kena berani menyuarakan hak kita. Jangan tengok barang tu ada yang x kena kita pun diam2 ja..kena bersatu baru peniaga ambil kisah. Tapi x suma juga peniaga yang x jujur kan..hati2 la k..

nur said...

ta setuju tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...