Nak Souvenier best?

Ada guru yang melarikan diri..

kosmo:

Pelbagai pengalaman ditimba Haji Mat sepanjang khidmatnya dan rata-ratanya merupakan kenangan indah yang membuatkannya bertambah sayang kepada Kuala Mu.
Namun, sudah tentu ada beberapa kisah pahit yang masih belum luput daripada ingatan, antaranya ialah berdepan kerenah guru-guru yang ditugaskan di kawasan tersebut.
Menurut Haji Mat, ada guru yang melarikan diri pada waktu tengah hari selepas melaporkan diri pada waktu pagi dan ada juga yang hanya mampu bertahan selama seminggu ataupun sebulan sahaja.
Namun baginya, bertugas di Kuala Mu tidak sukar sekiranya seseorang pendidik itu memiliki kekuatan fizikal dan mental sama rata. Paling penting, menurutnya, adalah semangat survival yang tinggi.
Murid-murid Orang Asli di sekolah itu sememangnya istimewa pada pandangan Haji Mat. Walaupun mereka tidak sehebat anak-anak di bandar, namun mereka tidak buta huruf malah amat mendengar kata dan mudah dibentuk.
KETAHUILAH JASA GURU TIDAK TERNILAI..

1 comments:

suri solehah said...

memangpun kan..pengorbanan seorang guru..saya sendiri pernah ditempatkan disebuah pulau n terpaksa berulang dgn bot..time hujan n laut bergelora,,boleh menitis air mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...