Nak Souvenier best?

Resepi Maggi Ketam.

RESEPI MAGGI KETAM.


Bahan-bahannya;
1 bungkus Maggi Mee berperisa Ayam
1-2 ekor ketam

3 biji tomato ceri - dibelah 2
Sayur sawi secukupnya
2 biji jagung muda
Sedikit daun kunyit

1/2 biji limau nipis diambil jusnya
1 sudu kecil bawang putih tumbuk/blended
1 sudu besar bawang merah tumbuk/blended
1/4 sudu kecil lada hitam tumbuk/crushed
1 btg serai dititik
3-5 biji cili padi (crushed or sliced)

Minyak utk menumis

Sedikit daun sup dan daun bawang dan bawang goreng.

Cara-caranya;
  1. Didihkan air dan masukkan maggi. Tutup api dan biarkan selama 2 minutes. Angkat dan toskan maggi. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau. Masukkan serai dan cili padi.Kacau sebentar dan masukkan air secukupnya (ikut arahan di plastic maggi).
  3. Bila mendidh masukkan ketam, daun kunyit dan jagung muda. Biarkan sehinga ketam masak.
  4. Kemudian masukkan sawi dan tomato dikuti dengan perasa maggi dan jus limau nipis. Tmbah garam jika perlu.
  5. Maggi yang ditos masukkan dalam mangkuk dan curahkan sup ketam ke atas maggi. Taburkan dengan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Sedia utk dimakan.

    DAPAT DARI SINI.: http://cikngahfavouriterecipes.blogspot.com/2011/10/my-maggi-ketam.html
    BUKAN RESEPI MASTERCHEF MALAYSIA NI..

2 comments:

BlueiceButterfly said...

~baca pon dah terliur..hehe :)

insan_marhaen said...

maggie bukan lagi makanan untuk orang yang malas memasak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...