Nak Souvenier best?

Usia 40 tahun : Hakikatnya masih hidup membujang.


“Ibu bapa saya insan terbaik buat saya. Mereka tidak pernah merungut sehingga sekarang.
“Walaupun saya boleh dikatakan telah memegang jawatan tinggi, mereka terus menyokong saya untuk lebih berjaya dalam kerjaya,” katanya yang pergi bercuti ke Perth, Australia bersama ibu bapanya pada awal tahun ini.
Pada usia 40 tahun, wanita jelita dan pintar ini hakikatnya masih hidup membujang.
“Saya rasa macam belum bersedia secara mental untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi ini tidak bermakna saya memilih pasangan hidup, tidak sama sekali.
“Cuma saya tidak memberi keutamaan untuk memikirkan perkara itu. Buat masa ini itulah pendirian saya. Saya serahkan segalanya pada Tuhan Maha Esa, biar Dia yang menentukan hala tuju hidup saya,” katanya tersenyum.
Haniza sememangnya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan orang tuanya. Menurut Haniza, keputusannya untuk tidak melanjutkan pelajaran ke luar negara demi ibu bapanya adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat dalam hidupnya.
“Saya tidak sanggup berpisah dengan mereka,” akui Haniza.
Menurut Haniza, jika tidak memilih kerjaya ini pasti beliau akan membuka bisnes kedai bunga.
“Saya juga seorang penggemar bunga,” katanya yang suka menyanyi, berlakon dan menari semasa di universiti dahulu.
-KOSMO-
DAH LAMA TAK PEKENA A&W ROOT BEER.

5 comments:

aimaniman said...

itulah fenomena yg semakin kerap berlaku sekarang.. wanita membujang kerana fikir kehidupan sudah stabil dan tak ramai lelaki yang sama taraf.. sedangkan mereka perlu faham bahawa hidup x selalunya indah, kita perlukan teman dan anak2 penyeri hidup.. so fikir2 lah sebelum ambil keputusan untuk terus membujang..

Rini Jy said...

salam nur dan kwn2 lain....

hakikatnya bkn kerana selesa dgn kehidupan yg dh stabil atau tiada lelaki yg setaraf. jika beriman kepada qada dan qadar, kita tak kan sewenangnya memperkatakan sbb ini dan sbb itu kenapa golongan ini masih membujang.

percayalah...siapa yg tak nak kawin demi menyempurnakan agama Allah ini. betapa banyak berkat dan pahala yg tersembunyi dalam perkahwinan. cuma blm diizin kan Allah....

atuk said...

Assalamualaikum Nur

moga dia diketukan jodoh

Wassalam

Fara said...

A&W Root Beer? Nak2 klu pekena dia punya floatkan? Ouh!

Adzrien Shoppe said...

janji bahagia. nak kahwin pun bukan boleh sesuka hati je, kena berhati-hati juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...