Nak Souvenier best?

BELANJAWAN 2012.

KHAS UNTUK SUKAN?..
BACA DULU..

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berharap peruntukan Belan- jawan 2012 dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Ia bagi memastikan usaha bagi mempromosi 'Sukan Untuk Semua' dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sudah tiba masa untuk pihak kementerian mengubah cara peruntukan tersebut dibelanjakan tahun depan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Kita sangat berharap peruntukan yang disediakan dapat terus merangsang usaha mempromosi 'Sukan Untuk Semua'," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Sains Sukan dan Rekreasi 2011 anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama KBS di Petaling Jaya semalam.
Persidangan tiga hari yang bermula semalam bertajuk Perkongsian Strategik melalui Wacana Pelbagai Disiplin (Strategic Partnership through Multidisciplinary Discourse) membincangkan isu berkaitan sukan dan peranannya dalam dunia hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Razali berkata, terdapat tiga perkara (3A's) yang harus diberi perhatian dalam usaha menimbulkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan terhadap rakyat di negara ini iaitu awareness (kesedaran), availability (kebolehsediaan), dan accessibility (mudah didatangi).
"Perkara pertama (awareness) perlu ada untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang masalah obesiti semakin menjadi-jadi di negara ini dan bagaimana ia boleh men- datangkan kemudaratan jika tidak timbul kesedaran," katanya.

"Availability ialah kemudahan untuk mendapatkan peralatan sukan serta harga yang berpatutan untuk rakyat.
"Manakala Accesibility iaitu lokasi pembinaan tempat senaman haruslah di lokasi yang bersesuaian serta terdapat akses pengangkutan yang selamat untuk pengguna," katanya. - Bernama

APA HARAPAN KAWAN-KAWAN?

4 comments:

faraherda.razalan said...

Apa perasaan sy terhadap belanjawan? Apatah lagi sy bekerja di sektor kerajaan?

Agak2?

YatieOwner said...

mmmm...apa agaknya erk..

Unknown said...

mmg sgt harap peralatan sukan yg berkualiti dan murah..

baru semangat nak senam...ecececeh!

Cikli said...

tak payah harap-harap. tunggu dengar dan terima.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...