Nak Souvenier best?

Perlawanan Separuh Akhir Piala malaysia?


DI sebalik pujian melambung, jurulatih T-Team, Yunus Alif mula merasai debaran apabila anak-anak buahnya akan turun melayan kunjungan Negeri Sembilan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.
Tanpa sebarang harapan di awal musim, pasukan yang berpengkalan di Kuala Terengganu itu mula melakar kemasyhuran dengan layak ke separuh akhir, sekali gus menjadi satu-satunya wakil kelab yang berada dalam kelompok empat terbaik.
Kini, T-Team hanya selangkah untuk merasai nikmat final Piala Malaysia dengan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bakal menjadi saksi kepada cabaran pertama pasukan itu.
Menurut Yunus, tahap keyakinan pemain-pemainnya kini berada pada tahap seratus peratus dan hanya menunggu peluang untuk menjadikan impian mereka satu realiti.
Namun katanya, para pemain juga diingatkan agar tidak terlalu leka di sebalik kejayaan melangkah ke separuh akhir kerana misi menentang Negeri Sembilan bukanlah satu tugas mudah.
“Berada di separuh akhir sudah memberi kepuasan kepada saya, tetapi kami perlu teruskan usaha kami kerana pejuangan pasukan belum selesai.
“Kami sentiasa menghormati Negeri Sembilan kerana mereka merupakan lawan yang kental dengan barisan pemain penuh bakat. Sejarah juga sudah membuktikan pasukan lawan begitu menyerlah di pentas Piala Malaysia sejak beberapa tahun lalu,” kata Yunus kepada Kosmo! semalam.
Apa yang dijanjikan kata beliau, adalah sebuah pasukan yang mampu menyerap tekanan dan dalam masa sama memberikan kemenangan.
Jelasnya, satu-satunya peluang T-Team untuk melakar sejarah mara ke final Piala Malaysia adalah dengan memenangi perla- wanan di Kuala Terengganu malam ini.
“Jika kami lepasi aksi di sini (Kuala Terengganu) dengan keputusan membanggakan, maka ia akan memberi semangat baharu kepada kami pada pertemuan kedua di Paroi nanti,” jelasnya.
Yunus turut menekankan corak bermain secara menyerang akan dipraktikan pada perlawanan malam ini dalam misi memburu jaringan besar.
“T-Team memang dikenali sebagai sebuah pasukan yang menyerang dan kami perlu gunakan kelebihan ini. Namun, kami juga perlu berhati-hati agar tidak terperangkap dengan corak permainan lawan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.”
#CINTAELYSSA.

3 comments:

LadyBird said...

semoga impian menjadi kenyataan.. ameeennn..

renjerkabloi said...

kena tengok ni :) majulah sukan untuk negara...

MaYa MustWany said...

selangor (=_=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...