Nak Souvenier best?

Alhamdulillah.. semoga hijrah itu kekal.





SATU Ramadan merupakan detik bermulanya perubahan imej serta kehidupan seorang penyampai radio iaitu Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih mesra disapa Leya kerana mengambil keputusan untuk berhijrah.
Namun, ketika ditebak persoalan mengenai penghijrahannya ini, Leya bukanlah seperti kebanyakan selebriti yang ringan mulut untuk berkongsi kisah perubahannya itu. Setiap persoalan yang ditanya oleh pihak media akan dijawab dengan jawapan yang hampir serupa.
"Ya, memang saya kini telah pun bertudung bermula 1 Ramadan lepas. Insya-Allah akan berpanjangan. Saya memang tidak mahu komen tentang penghijrahan saya ini, dan biarlah ia menjadi kisah peribadi saya," tutur Leya ringkas memberi jawapan terhadap perubahan dirinya.
Walaupun telah bertudung, apa yang pasti, Leya masih seorang yang ceria dan lantang bersuara seperti empunya diri dahulu. Insya-Allah, Leya sendiri mendoakan supaya perubahannya ini akan berkekalan hingga bila-bila.

3 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Nur

Amin amin amin
Tahniah

ewanthology said...

sama sama lah berdoa agar ini semua bukan sekadar trend ikut ikutan semasa sahaja.

Aisy Nasiha said...

Comel je leya ni bila bertudung... Smoga dia tenang dgn pilihan yang dibuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...