ANAK ITU MEMANG ISTIMEWA..
“Berbanding kanak-kanak normal, anak sindrom Down lebih sensitif, emosi mudah terganggu dan mereka cepat marah kerana lebih manja berbanding adik-beradik lain.
“Paling tidak tahan apabila dia mengamuk di depan orang ramai. Saya bimbang orang yang memandang berfikir bahawa anak dia mengamuk kerana saya memukulnya,” jelas pensyarah universiti swasta itu.
Disebabkan itu katanya, dia sekeluarga memberi perhatian lebih kepada Nur Izzaty dan banyak bermuhasabah diri supaya sentiasa bersabar menghadapi kerenahnya.
“Kalau dahulu, apabila tidak dapat pujuk, saya akan dukung dia tetapi kini dia sudah besar dan tidak mampu untuk didukung lagi.
“Jadi, kalau ke mana-mana saya akan pastikan tidak melalui kedai-kedai permainan kerana bimbang dia akan meminta yang bukan-bukan,” katanya.
Rasli memberitahu, Nur Izzaty yang mula berjalan pada usia tiga tahun kini mampu menguruskan dirinya termasuk menggunakan komputer, tetapi kadangkala akan merosakkan barang-barang di rumah apabila dia ‘meragam’.
“Nur Izzati suka membuli ibunya kerana ibunya lembut hati, malah kadangkala dia sengaja merosakkan barang yang diberikan termasuk komputer sebagai tanda protes.
“Tetapi semasa moodnya baik, dia amat mudah bergaul, malah dia amat sayangkan dua orang anak buahnya serta bersikap baik di sekolah,” katanya.
3 comments:
Mereka memang istimewa dan hanya insan yang terpilih dan mempunyai kesabaran tinggi sahaja yang mampu menguruskan anak2 macam ni.
Kak Long kakak ada satu anak sindrom down Nur. Sedih sebab semua adik-beradik cemerlang dia sorang OKU. Teman dia hari-hari majalah kereta, game dan tv. Kalau mengamuk hanya daddy dia saja yg dia takut..
Salam Ramadhan Nur
kita kena faham kepada mereka yg mempunyai anak2 istimewa itu
Post a Comment