Rasulullah telah memerintahkan untuk berbuka dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka dengan air. Ini termasuk dalam kesempurnaan kasih sayang dan betapa prihatinnya Baginda kepada umatnya.
Ini kerana memberikan sesuatu yang manis kepada tubuh yang kosong berupaya untuk membangkitkan selera, tenaga dan sangat bermanfaat bagi badan.
Tubuh akan menjadi segar dengannya (kurma). Begitu juga dengan air, kerana ketika berpuasa tubuh kekurangan air, maka jika dibekalkan dengan air ia akan membantu menyegarkan badan serta membantu penghadaman makanan.
Sebenarnya kurma mengandungi berkat dan keistimewaan (begitu juga air) dalam pengaruhnya terhadap hati dan menyucikannya. Tidak ada yang mengetahui kecuali orang yang beritiba' (mengikuti sunah).
4 comments:
Thanks for the info miss
kurma bagus untuk kesihatan. semua sunnah RASULULLAH memang byk beri manfaat, tapi sampai sekarang tak suka makan kurma. manis sgt :DD
tapi kena cuba makan kurma, sebab sunnah :)
saya mmg makan kurma utk buka puasa...lagi2 sejak sarat ni, buah kuram ni mcm buah kunyahan, selalu sgt dimakan bila duduk saja2 mlm pun..
saya mmg makan kurma utk buka puasa...lagi2 sejak sarat ni, buah kuram ni mcm buah kunyahan, selalu sgt dimakan bila duduk saja2 mlm pun..
Post a Comment