~Tak pernah lepas acara pecut.. asyik semput aje dolu dolu.. hehe..
Kata orang kalau atlet ni awet muda..
LONDON - Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt mengesahkan statusnya selaku pelari terhebat sepanjang zaman selepas berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100 meter lelaki pada Sukan Olimpik 2012.
Pada aksi di Stadium Olimpik di sini awal pagi semalam, pemegang rekod dunia itu melonjak ke hadapan selepas melepasi jarak 60 meter untuk mencatat masa 9.63 saat, catatan kedua terpantas dalam sejarah.
Catatan masa Bolt, 25, itu sedi- kit perlahan berbanding rekod dunia 9.58s yang diciptanya pada tahun 2009. Dia turut memperba- harui rekod Olimpik selepas mencatat masa 9.69 di Beijing, China empat tahun lalu.
Kejayaan Bolt itu turut menu- tup mulut pengkritik selepas dia dikalahkan oleh rakan sepelatihnya, Yohan Blake pada sesi pemilihan atlet Jamaica ke temasya kali ini.
"Saya telah melaksanakan dan ia adalah kunci kejayaan ini," kata Bolt yang mengumpul empat pingat emas pada Sukan Olimpik.
"Apabila tiba hari kejohanan, saya perlu melaksanakan tugas tersebut dan ternyata saya berjaya melakukannya.
"Saya berasa sangat baik dan gembira."
2 comments:
salam singgah.....
lajunya, pecah rekod juga.......
huhu...pantasnya dia berlari.akak x blh lari lelaju
Post a Comment