Nak Souvenier best?

Resepi Bubur Kheer.

dapat dari happynyumnyum.blogspot.
tq for sharing..


sebenarnya tgk kat tv semalam. Macam menarik. Harini baru google recipe nya..
Jom cuba..


Resepi Kheer@bubur nasi manis


2 cups Beras (rendam semalaman)
21/2 cups Susu Uht
1 tsp buah pelaga(buang kulit n tumbuk halus isi dalam)
3 tbsp badam hancur(jangan terlalu halus)
1 tbsp pistachio hancur(jangan terlalu halus)
Gula (manis ikut citarasa)
Garam(untuk rasa lemak)
Susu Manis(manis ikut citarasa)

Cara Memasak:
1. Rebus beras tadi sampai kembang( guna lebih kurang 5-6 cawan air) agak2 sesuai untuk bubur.
2. Bila beras dah lembut,masuk 1 cup susu uht and tambah lagi lebih kurang 2 cawan air,biar masak dengan api perlahan lebih kurang 45 minint.
3. Bila air dah agak kering,keluarkan nasi td dari periuk,sejukkan sampai agak suam. Pukul rata nasi tadi(guna mixer)klau nak guna whisk pon boleh. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk kecik lain,didihkan lebihan susu uht dan susu pekat.
5. Masukkan susu yang dididih tadi kedalam nasi yang telah dipukul rata. Campurkan gula,garam,sebuk buah pelaga,badam dan pista dalam nasi tadi. Kacau rata.
Siap....boleh hidang sejuk atau panas. =)

2 comments:

ieda said...

wahh macam sedap je
x pernah lagi akk buat bubur nasi manis ;)

:: Mrs.Eady :: said...

bleh try nih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...