Nak Souvenier best?

JOM KARATE.

MALAYSIA meletakkan sasaran untuk memenangi dua pingat emas pada Kejohanan Karate Remaja dan Kadet Dunia ketujuh yang akan diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dari 13 hingga 16 Oktober ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, lebih 2,000 peserta dan pegawai akan menghadiri kejohanan dwitahunan selama empat hari itu dan kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah acara karate remaja.

"Sehingga semalam, 77 negara telah mengesahkan bertanding dengan penyertaan seramai 1,200 peserta," kata- nya kepada pemberita pada majlis promosi kejohanan itu di Taman Botanikal, Ayer Keroh semalam.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Karate Senior Dunia yang diadakan di Sabah pada 1994.
Mohd. Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijadual merasmikan kejohanan anju- ran bersama Kerajaan negeri Melaka dan Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) pada 13 Oktober ini.
Mohd. Ali, yang juga Presi- den Makaf, berkata, peserta- peserta negara yang bertanding akan mula mendaftar di hotel penginapan pada Jumaat ini dan dua venue lati- han persediaan atlet disediakan iaitu di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh dan Kompleks Komuniti Paya Rumput.

Katanya, antara acara yang dipertandingkan ialah kategori individu dan berpasukan bagi acara Kata dan Kumite dan kategori berat badan antara 48 kilogram hingga 78 kilogram.

"Walaupun Malaysia belum pernah memenangi apaapa pingat dalam kejohanan seumpama ini sejak dipertandingkan, kita berharap kejohanan di tempat sendiri dapat menyuntik semangat para peserta negara," katanya.

Beliau berkata, tiada baya- ran dikenakan bagi para penonton menyaksikan kejohanan itu dan berharap publisiti kejohanan akan meningkatkan imej sukan karate negara di persada antarabangsa.
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Alge- ria, Argentina, Australia, Austria, Indonesia, China, Jepun, Amerika Syarikat, Sepanyol, Portugal, England, Vietnam dan Wales. - Bernama

1 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

hiyakkkkk! (tgah karate) :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...