Nak Souvenier best?

MALU?

KUALA LUMPUR - Perasaan malu di kalangan orang Melayu untuk tampil menjalani ujian atau mendapatkan rawatan sewajarnya merupakan penyumbang kepada penularan HIV dan AIDS di kalangan mereka.
Menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Tan Sri Mohd. Zaman Khan, persepsi negatif yang keterlaluan di samping stigma dan diskriminasi masyarakat yang terlalu menebal secara langsung juga menyumbang kepada penularan epidemik itu.
Katanya, menurut statistik, sehingga kini kira-kira 66,000 orang Melayu menghidap HIV diikuti Cina 13,000 dan India sebanyak 7,300.
"Statistik ini turut menunjukkan bahawa tujuh daripada 10 kes HIV di negara ini berlaku di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
"Situasi ini telah menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak kerana orang Melayu yang tebal mengamalkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam terjebak dengan epidemik atau penyakit moral ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Untuk rekod, sejak 1986 sehingga Disember 2010, epidemik HIV telah menular kepada 91,632 orang dan telah meragut nyawa 12,403 orang

4 comments:

faraherda.razalan said...

Malu tak bertempat

fizafantagiro said...

sokong fara

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sikap skeptikal masyarakat pun menyumbang kpd perasaan malu tuh. ye la.. br jer sebut h.i.v, org dah mula pandang serong. belum wat check up lagik tuh! hmm..

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

agak-agak la nak malu pun.. aishhhhhhhhhh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...