Nak Souvenier best?

Siapa Generasi FABER-CASTELL.

kosmo:


Produk-produk seperti pensel grafit hitam, pensil warna dan krayon Faber-Castell diakui selamat untuk kegunaan kanak-kanak.
Jenama yang berakar umbi dari Jerman itu merupakan perniagaan keluarga Faber yang ditubuhkan oleh pengasasnya, Kaspar Faber sejak 1761 lagi. Memasuki tahun 2011, Faber-Castell masih gah di pasaran dan masih diterajui pewaris Faber, Count Anton Wolfgang Von Faber-Castell.
Pengarah Urusan Faber-Castell Asia Pasifik, Dr. Toh Yan Peng memberitahu, keupayaan jenama itu untuk bertahan selama 250 tahun di bawah kendalian waris Faber adalah satu perkara membanggakan.
“Jarang sekali kita bertemu perniagaan keluarga yang mampu dijaga dengan baik oleh generasi akan datang, Faber-Castell kini telah berpindah tangan sebanyak lapan generasi dan semakin berkembang.
“Bermula dengan sederhana di Jerman, jenama ini kini menjadi pengeluar pensel kayu terkemuka di dunia. Hari ini juga kita telah mengeluarkan lebih 2 bilion pensel grafit hitam dan pensel warna untuk keluaran setiap tahun. Ini menunjukkan komitmen serta kreativiti syarikat ini sememangnya berada pada tahap yang tinggi,” ujarnya pada majlis sambutan ulang tahun ke-250 Faber-Castell di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

8 comments:

Cik Sara said...

Wah..memang suka guna pensel faber castell.. Pensel warna dia pun best..

Bertahan dari generasi ke generasi..Hebat!

Fara said...

Cuba tny, ada ke org Melayu yg masih wujud bisnes turun temurun?

Nan ado!

ummiross said...

Bagus kan bisnes dah 8 generasi, apa rahsia kejayaan mereka agaknya ye...

Santri T.P.I.N.I said...

saya generasi pensel steadler 2B...

LadyBird said...

kalau zaman lady skolah dulu, kami gune pensil 2B.

KaK LimAh Si SupiR said...

wuhhuuuu..hbt2..8generasi tuuuuu..ehem3..mgkin kaklimah blh amek alih lpas ni..ahhaha

THE LEKAT LEKIT STORY said...

di akui pensil warna faber castell memang cantik di guna.. masa sekolah dulu suka jugak selain luna

IvoryandBrown said...

Sape generasi Faber-Castell? Saya!!!

Hehe.. gune FC sejak sekolah rendah smpi skarang kot... da kt universiti nih, gune pastell colour die best giler!

thanx for posting this by the way! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...