Nak Souvenier best?

Kenapa Tulis Blog?


SETUJU DGN ARTIKEL NI..

Sebelum internet menjadi popular sekitar 15 tahun yang lalu, peluang untuk seseorang itu menulis kian berkurang apabila dia menamatkan alam persekolahan atau pengajian. Tabiat menulis diari di dalam buku khas ataupun menulis puisi di cebisan-cebisan kertas mula ditinggalkan.

Dalam dunia pekerjaan pula, menulis surat rasmi, minit mesyuarat atau laporan, tidak mengasah bakat penulisan seseorang itu sepenuhnya kerana apa yang ditulis adalah sesuatu yang formal. Kesibukannya di pejabat mahupun di kilang menjadikan seseorang itu menghibur diri bersendirian secara pasif seperti menonton dan membaca.

Jika pun dia berekreasi secara berkumpulan, mungkin sekali dengan cara bersukan, berkelah, menari atau melancong. Aktiviti menulis secara kreatif sebagai salah satu cara menghabiskan waktu lapang semakin dikesampingkan.

Kemunculan internet bukan sahaja membolehkan kita membaca apa sahaja yang diingini. Malah, ramai di antara kita yang dapat kembali kepada peluang mengasah bakat menulis. Jika pada mulanya tidak ramai yang mampu menulis panjang-panjang kerana jurnal atau blog, lazimnya memerlukan sekurang-kurangnya 250 hingga 300 perkataan.

Kini, kemunculan laman sosial seperti Friendster, Facebook dan Twitter membolehkan sesiapa sahaja menulis dan melahirkan fikiran dengan ayat-ayat yang pendek.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...