Nak Souvenier best?

Solat Dalam Kenderaan.

Solat Dalam Kenderaan
Hadith:
DIRIWAYATKAN daripada Jabir r.a: "Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah)."
Riwayat: Al-Bukhari
Huraian Hadith:
Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak.
Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa.
Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibnu Umar r.a.
Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :"Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.
"Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran."
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

4 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

walau apa pun keadaan kita, solat mmg wajib kecuali pompuan yg didatangi bendera merah, hehehe

Unknown said...

islam itu mudah :)

Unknown said...

ya betul tu

WorldofAntivirus said...

Betul2. Solat memang wajib. Kalau betul2 x larat pun, ada cara untuk solat dengan menggunakan isyarat mata sahaja dengan keadaan berbaring( hanya orang yang betul2 uzur,bukan untuk orang yang sihat)..Indahnya ISLAM..MasyaAllah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...