Nak Souvenier best?

Ujian Genetik.. hurmm..


“Contoh paling mudah, jika ibu kita menghidap tekanan darah tinggi, anak juga berisiko untuk mendapat darah tinggi. Tetapi, sejauh mana kita mengetahui tahap tekanan darah tinggi yang dihadapi oleh ibu kita?
“Melalui saringan seperti ini, kita lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sebelum kita jatuh sakit,” katanya.
Menurut Stephen, salah satu daripada hasil industri genomik ialah teknologi yang membolehkan ujian genetik peribadi dilakukan dengan pantas dan terperinci.
“Selain mengukur kecenderungan risiko penyakit untuk diri sendiri, ramai ibu bapa ingin tahu apakah ciri genetik yang mungkin diwarisi oleh anak-anak mereka,” katanya yang memberitahu ujian genetik dan ujian darah jauh bezanya.
“Ujian darah yang dilakukan di klinik hanya dapat mengukur kandungan biokimia dalam sampel darah pada waktu tertentu.
“Sebagai contoh, ujian darah hanya menunjukkan sama ada kandungan gula dalam darah pesakit tinggi, sedangkan ujian genetik pula menunjukkan bahawa anda mempunyai gen yang mendedahkan pesakit kepada diabetes jauh lebih awal.
“Oleh kerana ujian genetik tidak dipengaruhi oleh faktor yang boleh mengubah tahap biokimia darah pesakit, seperti pengambilan makanan yang banyak atau alkohol, ia boleh menjadi alat diagnostik yang lebih tepat dan dapat memberi pemahaman penting tentang keadaan kesihatan pesakit pada masa hadapan,” ujarnya panjang lebar.

2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

mak saya ada darah tinggi...adakah kemungkinan syaa akan menghidapinya ? omaigod ?

suria lekatlekit said...

anak kita lahir kecik.. lepas semua test di buat takde masalah, last test, genetic test.. pun takde masalah. Last2 dr ckp.. anak kecik sebab mak dia pun tak besar sgt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...