Seriusly.. baru hari ni kali pertama tahu tentang baraan. Itupun hasil dari menziarahi blog seseorang ini. Rupanya baraan ni macam berkunjung ke rumah rumah jiran di kampung sewaktu hari lebaran HARI RAYA. Tak pasti pula ini memang tradisi asal kampung beliau atau berasal dari tempat lain.(minta dijelaskan).
Daripada entry beliau tu (gambarnya) memang nampak begitu meriah sekali. Seronokla.. Kalau tengok gambar pun dah teruja.. Agaknya kalau berada masa baraan tu tentu la lebih meriah lagi. Rasanya aktiviti baraan seperti ni elok juga diamalkan kat tempat-tempat yang jarang jarang jirannya berkomunikasi kan..
Kalau kawan-kawan nak tahu dan melihat kemeriahan baraan ni , jom kita sama - sama baraan ke blog SI DIA..
7 comments:
Salam perkenalan
thanks sudi follow blog anum
Ros pun ada baca jugak entry baraan ni tadi :)
baru tau baraan tu ape sejak semlm :)
hurm baraan ni sama ngan tradisi marhaban kat johor kut... kalu sama lah kan.....
masz leh join 2 taun sekali coz raya gilir2 ngan kampung husband kan, kat kg husband xder buat marhaban ni... memang meriah..... masuk umah, selawat, makan2 sikit n salam2..... pastu pi umah sebelah n sebelah n sebelah plak memana yang join..... hehe
saya ada update lagi tentang baraan..kiranya memperkenalkan baraan...heee..
thanks untuk entry ni..:)
baraan ni kalau xsilap tradisi masarakat jawa..
konsep dia mcm yg dibaca tu la kan..
ada baraan kecilan dan besar2an..hohoho
bapak aku pernah cakap baraan tu diambil dari kata 'barengan' yg membawa maksd bersama2.. hohoho
masarakat johor pun ramai jawa kan..kalau kat slgor tradisi ni masih ada di belah2 kuala slgor membawa ke banting.
Great post and thanks for sharing....
Post a Comment