Nak Souvenier best?

Kayu Nasi Kandar SS2- bagi makan FREE .

~jom serbu..
TAHNIAH DLCW.


PETALING JAYA: Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar tetap menyediakan makanan percuma walaupun pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London.
Pengusahanya, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.
“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.
“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”
Para pelanggan akan diberikan set hidangan berserta minuman kordial.
Terdahulu, restoran tersebut berhasrat untuk memberikan makanan malam secara percuma di salah satu cawangan restorannya sekiranya Chong Wei memenangi pingat emas.
Burhan menambah, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia perlu merasai seperti mana yang dirasainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...