Nak Souvenier best?

Jenayah cyber.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang untuk membentuk satu akta yang mampu melindungi pengguna dalam urusan perniagaan secara atas talian seperti e-dagang tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, cadangan itu akan dibentang ke Parlimen pada April depan untuk diputuskan berikutan peningkatan 130 peratus jenayah siber kepada 11,930 kes dicatatkan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 8,090 kes dilaporkan pada 2010 oleh Cyber999 Help Centre. “Pecahan statistik itu menunjukkan jenayah penipuan menjadi kes majoriti dilaporkan kepada 4,175 kes, penyebaran kod berniat jahat sebanyak 3,452 kes dan pencerobohan berada di tempat ketiga iaitu 2,345 kes.


“Melihat kepada laporan ini, kementerian khuatir ia akan terus meningkat pada masa depan kerana kini sistem urusan kewangan lebih banyak dilaksanakan secara atas talian dan lebih membimbangkan ia membabitkan proses transaksi tunai di kalangan pengguna dan peniaga,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, akta itu akan turut meliputi perlindungan hak peribadi pengguna termasuk pendedahan identiti pelanggan yang sering dikongsi di kalangan peniaga bagi mengelakkan kerahsiaan data peribadi orang ramai tidak dicerobohi dengan mudah.


Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2012, beliau berkata, peniaga diharap tidak menaikkan kadar harga barangan selepas kerajaan menawarkan RM500 kepada orang ramai yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.


“Kerajaan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan dalam perniagaan seperti peruncit, pemilik restoran, pengeluar dan pemborong bagi mengelakkan peningkatan harga barang kepada pengguna,” katanya.

3 comments:

Azza Azman said...

ish takut je dengat jenayah cyber ni kang jadi salah sorang mangsanya mintak dijauhkan lah...

SoLy SoLicious said...

jenayah cyber mkin mnjadik2 kan ..huhu

aamalinaazman said...

aihhhhh
skrg ni
cr halussss mcm2 jekk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...