Nak Souvenier best?

Lesen Manual Ke Automatik?

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.
Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.
"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.
"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

~LEBIH BAIK AMBIL LESEN MANUAL.. DAPAT PANDU DUA DUA TRANSMISI KAN?.. ATAU TAK SETUJU?..

20 comments:

Deru Ombak said...

Manual itu Skill.. ;p

Morning Nur...!!!

ieja amieja said...

salam nur..
manual laaa...baru ada thrill..

atuk said...

Assalamualaikum Nur

mukin akan datang menual tak ada lagi dlm pasaran...

terpatrisinarabadi said...

manual lah yang buat makin pro!

نورعيم said...

saya lesen pun xde. hihi.

Ardini Humaira said...

lagi best manual :D

faraherda.razalan said...

Tau x pe...amik manual pastu dpt bwk 2,2...Tapi klu nak bwk manual kat Kl nie, cramp ouh kaki t!

KaK LimAh Si SupiR said...

manual,manual..blh bwk dua2 nt ^_^

fizafantagiro said...

Manual ! walaupun masa mula-mula nk blajar seksa .. tp berbaloi kan =)

Anonymous said...

errrr bukan kita amik lesen pakai kete manual ke..??

nur said...

Kakya..
Setuju!.. Manual itu skill

nur said...

Ieja..
Suka cabaran ye?

nur said...

Wslm tuan Haji,
Bila agaknya saat itu kan tiba?

nur said...

Ikatankasihku..
Betul..
Manual mencabar pemikiran..

nur said...

Noraim..
So pasni ambil lesen manual ye..

nur said...

Dini,
Tu la. Nak memecut senang!

nur said...

Fara..
Manual bawak kat kg je.. Nyaman aman damai..

nur said...

K limah.. Betoi betoi..

nur said...

Fiza..
Kelasss gitu kalau ada lesen manual..

nur said...

Fitri..
Akan datang akan ada choice.. Nak lesen kereta manual- boleh drive duadua kete.. Atau lesen automatik- hanya boleh drive kete otomatik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...