Sebenarnya apa yang menyebabkan kesakitan yang dialami Aaron itu?
Doktor beritahu sebab saya terlalu penat. Tapi pada hari penggambaran itu, saya sendiri yang minta kebenaran Syamsul (Yusuf) untuk buat aksi yang lebih lasak. Kalau ikut skrip asal, saya jatuh dan hampir kena langgar kereta, tetapi saya minta ubah iaitu selepas jatuh kereta, saya jatuh lagi di atas sebuah kereta lain, kemudian barulah saya nak kena langgar.
Di hospital manakah Aaron kena tahan dan boleh ceritakan pengalaman ketika itu?
Saya mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana, Damansara, Petaling Jaya. Mula-mula saya kena sekali suntikan ubat penahan sakit di bahagian punggung tapi kesakitan yang saya alami masih belum hilang, lalu doktor pun memberikan dua lagi suntikan - satu di bahagian bahu dan satu di bahagian tangan saya.
Selepas itu, barulah saya berasa sedikit lega. Selain itu, doktor juga ada buat X-ray bagi memeriksa sama ada ada berlaku keretakan tulang dan pastikan tiada masalah serius berkaitan. Doktor kata, jika masalah kesakitan yang saya alami masih berlarutan kena buat ujian scan MRI, tetapi syukur Alhamdulillah semua sudah okey.
~PELAKON LELAKI PALING HOT MASA KINI.. AGAK AGAK BOLEH DAPAT ANUGERAH ABPBH TAK?
13 comments:
Insyaallah boleh.. hehehe
menang kot. laku mengalahkan pinas panas dia sekarang. hihi.
He's HOT...
kalau melalui undian peminat.. Insyaallah ada peluang tu. :D
Kesiaaan aaron aziz. Maybe banyak sangat kot berlakon.
Aaron Aziz hot eh?
=p
boleh jer dapat ABP
noraim..
pisang goreng yang sedap! hehe
KakYa..
peminat AA ni ye..
Lekat Lekit..
tgk if boleh kalahkan Sam..
Sarah.. kann.. kesian.
Fara..
hot la.. asek2 muka dia je dlm filim filim kita wajah kita.. eh filim kita wajah aaron aziz..
Jungrara..
kita tgk nanti ye..
Post a Comment