Nak Souvenier best?

Dia boleh.. Kita pula bagaimana?

~Hari hari adik ni baca quran.. Kita pula bagaimana?..


Sejak berumur empat tahun, dia yang selesa dipanggil Syahamah diasuh mengenali huruf-huruf dalam kitab al-Quran. Pada usia enam tahun, Syahamah berjaya khatam al-Quran secara bertajwid.
Menguasai teknik berlagu pada umur lapan tahun, Syahamah tidak pernah rasa terpaksa sepanjang tempoh pembelajaran al-Quran yang kini telah meletakkannya sebagai qariah muda kebanggaan negara.
"Saya mengaji hari-hari dan pada waktu cuti sekolah, saya akan mengaji sebanyak dua atau tiga kali sehari. Bagi saya, mengaji al-Quran tidak susah jika kita benar-benar menjiwainya,'' kata Syahamah ketika ditemui baru-baru ini.
Syahamah juga tidak lokek berkongsi tip untuk menjadi qariah yang baik. Seseorang itu katanya, perlu tahan dengan cabaran dan perlu belajar bersungguh-sungguh. Pada peringkat awal belajar al-Quran, dia juga pernah menangis sebab dimarahi bapanya kerana tidak dapat membaca dengan betul. Bapanya merupakan seorang guru mengajinya.

3 comments:

Deru Ombak said...

insyaAllah boleh, jika bermula seawal usia...

نورعيم said...

Allah, kalau diasuh dari kecil insyaAllah cerah hati :)

Anonymous said...

insyaalaah..boleh..lau dididik dari kecik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...