KUALA LUMPUR - Kematian dua bayi lelaki di sebuah rumah asuhan kanak-kanak di Taman Permata, Hulu Klang di sini masih menjadi misteri.
Ini kerana keputusan laporan bedah siasat yang dilakukan tidak menunjukkan bayi tersebut meninggal dunia disebabkan tersedak susu.
Dua bayi yang mati di rumah asuhan kanak-kanak itu ialah Arif Amsyar Ruhi Budiman, tujuh bulan dan Muzaffar Mohd. Faizal, tiga bulan setengah.
Bapa kepada Arif Amsyar, Ruhi Budiman Samsuri, 35, berkata, pihak hospital memberitahunya siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti sebenar kematian anak bongsu daripada tiga beradik itu.
"Saya dimaklumkan tidak ada unsur tersedak susu atau pun makanan pada bayi saya selepas jalani bedah siasat.
"Sehingga semalam (kelmarin), pihak hospital hanya memberitahu mereka akan jalankan siasatan terperinci punca kematian Arif Amsyar," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Cerita Ruhi Budiman, dalam perbualan ringkas dengan kakitangan rumah asuhan kanak-kanak itu kelmarin, bayinya, Arif Amsyar menyusu setengah jam sebelum disedari tidak bernyawa.
"Mereka kata, selepas beri susu setengah jam, anak saya elok bergerak dan tidak menunjukkan sebarang tanda sesak nafas, kemudian anak saya tidur, ketika tidur itulah mereka kata anak saya sudah tidak bernyawa," ujarnya menahan sebak.
Kosmo! semalam melaporkan dua bayi yang tinggal di sebuah rumah asuhan kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia selepas tersedak susu.
Kejadian pertama berlaku pada pukul 2..40 petang yang membabitkan Muzaffar dan selang sepuluh minit kemudian, Arif Amsyar pula mengalami nasib yang sama.
Dalam pada itu, Mohd. Faizal Jaafar, 32, bapa kepada Muzaffar berkata, dia pasti akan merindui tangisan bayi kesayangannya itu.
-ALFATIHAH BUAT BAYI BAYI ITU..
5 comments:
Alahai...sedihnye....smoa parents babies tu akan strong...:(
Assalamualaikum Nur
dekat dengan taman saya
Al Fatihah
Alahai...tak boleh bayangkan perasaan ibu bapa diorang...
kita yg takde anak ni pun da sebak...
mekasih follow..
singgah sini...
byknye blog kamu Nur=)
salam takziah buat keluarga babies tu
kite baru saje tulis tentang tadika taska dlm blog kite... apa yg kite tahu bila bayi menangis mereka biarkan berjam jam...
dan ada crite yg mereka bagi ubat batuk kan anak2 jagaan mereka hingga bawa maut.. perkara ini berlaku kat Bangi
takziah kepada ibu bapa bayi tersebut....
Post a Comment