Nikmat itu terbahagi tiga:
1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba.
2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba.
3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya.
Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.
Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.
Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.
Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata: "Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." -Ibnul Qayyim al-Jauzi
Sumber: I Luv Islam.Com
12 comments:
salam jumaat....
Salam Jumaat Nur,
Pepagi tadi kakya baca kat muka buku link ke harian metro online "Rebut Keistimewaan Jumaat" .. Feel good!!!
assalammualaikum,
sy dh lame jd silent reader, tp kali ni nak share sikit..
hi bloggers, jom la singgah dan follow blog saye! I NEED MORE FOLLOWERS!! TQ syg korg!!
http://diyanamarissa.blogspot.com
salam... lama tul tak menjenguk...
bila diduga dengan penyakit barulah terkenang akan nikmat kesihatan yang dikecapi selama ini...
bile saket pgang bru lh tau menghargai nikmat sehat
Sallam Nur,
Syukurlah dengan nikmat
yang Allah berikan, walau sedikit
atau walau tidak disedari.
DWATY
thans singgah..
kakya..
ala.. terlepas baca semalam..
marissa.
salam kenal ye..
sham..
betul tu.. masa susah baru terkenang nikamt itu... lumrah manusia kot.. harap kita dapat berubah..
k limah..
semoga saket piggang lekas sembuh :)
Lipislady...
wkmslm..
biasanya waktu senang ni kta alpa dengan nikmat tersebut.. sama sama harapan agar dapat berubah..
Post a Comment