Nak Souvenier best?

Jatuh..

~ADUHAI.. MALANG MEMANG TIDAK BERBAU.
SUNGAI BULOH –
Kegembiraan seorang pelajar perempuan yang baru selesai menonton Anugerah Juara Lagu 2011 (AJL 2011) berakhir dengan tragedi apabila dia cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat blok asramanya di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di sini semalam.
Ketika kejadian pada pukul 12 malam itu, mangsa, Nurul Lisda Baharudin, 20, terjatuh dari tangga sehingga menyebabkan dia merempuh cermin tingkap yang terletak berhadapan dengan tangga tersebut lalu terjatuh ke tanah.
Akibat kejadian itu, kedua-dua belah tangan pelajar terbabit patah dengan tangan kanannya terkoyak manakala tulang pinggulnya retak akibat hentakan kuat ketika jatuh ke tanah selain mengalami kecederaan pada bibir.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, Nurul Lisda berkata, kakinya tiba-tiba tersadung ketika dia menuruni anak tangga untuk pulang ke biliknya yang terletak di tingkat tiga selepas menonton AJL 2011 terbitan TV3 menerusi Internet di bilik rakannya yang terletak di tingkat lima blok berkenaan.
Pelajar jurusan farmasi di kolej berkenaan mendakwa, ketika kejadian dia terjatuh kerana penglihatannya terbatas ekoran keadaan di kawasan tangga itu agak gelap.
“Lampu yang digunakan di kawasan tangga itu agak malap menyebabkan saya tidak dapat melihat dengan baik.
“Akibat momentum yang terlalu kuat, badan saya terhempas ke cermin tingkap lalu terjatuh ke tanah,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang cedera parah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan ditempatkan di Wad Ortopedik hospital berkenaan

3 comments:

Deru Ombak said...

Malang sungguh. Macam mana la tangga naik turun diasrama tak berlampu.

faraherda.razalan said...

Tgklah tu...hal mcm nie, nak salahkan siapa?

Iela Fazielah said...

bahaya tu..kesian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...