Nak Souvenier best?

Ada Orang Yang Breakfast Nasi Lemak Ke Pagi Ni?

Ada yang breakfast nasi lemak ke pagi ni?.. Mesti dia tak puasa kan?


METAFORA nasi lemak sebagai makanan lazim setiap kaum di Malaysia diangkat menjadi judul filem sulung pengarah dan pelakon yang pernah dilanda kontroversi beberapa tahun lalu, Namewee atau nama sebenar Wee Meng Chee.

Biarpun mencipta nama menerusi publisiti negatif atau kontroversi melalui lagu Negarakuku pada tahun 2007, Namewee yang pernah mendapat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Ming Chuan di Taoyuan, Taiwan, tidak berputus asa untuk membuktikan kecintaannya kepada tanah air melalui jendela perspektifnya.

Maka, terhasil kombinasi makanan terkenal turun temurun iaitu nasi lemak dengan perlambangan generasi pascapemodenan yang disimbolikkan dengan 2.0 menjadi sebuah naskhah filem perpaduan Nasi Lemak 2.0.

“Projek ini sebenarnya sudah memulakan pembikinan pada dua tahun lepas, namun setelah isu kontroversi tersebut yang berlaku ia dibekukan setelah semua penaja menarik diri.

“Sehingga pada awal tahun ini setelah pengumuman rasmi bahawa saya tidak bersalah dibuat di parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, projek ini dibangunkan semula dan tempoh penggambaran cuma memakan masa selama sebulan,” katanya mengulas filem yang dibikin dengan kos keseluruhan kurang daripada RM1 juta itu.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...