Nak Souvenier best?

Kisah Timb. Pengarah Veterinar yang dBUNUH.

Baru je baca.. nak share.

UNTUNG ADA PENGAWAL CEKAP CAMNI KAN..

IPOH: “Saya tak kenal perempuan ini... dia sakit, saya mahu hantar dia ke hospital.” Itu reaksi spontan seorang daripada suspek dipercayai terbabit dalam kes bunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, Khamis lalu.
Seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Bukhari, 62, berkata lelaki terbabit yang juga jiran kepada mangsa mengatakan demikian selepas dia menghampirinya kerana curiga melihat suspek memikul cadar pada awal pagi.

“Saya bersama seorang rakan setugas baru melangkah dua anak tangga dan belum sempat kami bertanya, dia terus memberitahu dia tidak mengenali perempuan ini.

“Ketika itu baru saya perasan kaki manusia terjulur keluar daripada hujung cadar dalam keadaan terikat dan melihat kami semakin mendekatinya, lelaki terbabit terus meletakkan cadar berkenaan ke lantai tangga,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Bukhari adalah individu penting dalam membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan Rohani yang mati dicekik di rumahnya di unit F-1-09, Pangsapuri Permai Lake View, Tambun, dekat sini, hingga tertangkapnya empat suspek, termasuk lelaki yang memikul cadar berisi mayat mangsa, dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Malah, sikap bertanggungjawab Bukhari yang hampir lima tahun bertugas sebagai pengawal keselamatan di pangsapuri itu menyiasat gelagat mencurigakan berhampiran kediaman mangsa berjaya menghalang niat jahat suspek yang dipercayai cuba membawa keluar mayat untuk dibuang di tempat lain.
-METRO

2 comments:

Unknown said...

bagus En.Bukhari tu bertanggujwb dan pantas...

pasni mesti Yusof Haslam uat drama kan :)

Kakzakie Purvit said...

Ya Allah berilah perlindungan pada En. Bukhari itu agar tiada pula yg cuba berbuat sesuatu keatasnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...