KLINIK KERETA UTK CEK KERETA SEBELUM HO HO HO BALIK KAMPUNG!!!
Aminar Rashid berkata, Perodua turut bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad melalui program Petronas Coffee Break yang dilancarkan baru-baru ini.
Program kali kedua itu dianjurkan itu membolehkan pelanggan-pelanggan Perodua dan kenderaan lain menikmati pemeriksaan percuma 15 komponen utama di dua stesen servis di lebuh raya PLUS dan LPT bermula dari 26 hingga 29 Ogos ini.
Katanya, perkhidmatan yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang itu disediakan di stesen servis Petronas kawasan R&R Tapah, Perak dan Bentong, Pahang.
"Ia meliputi pemeriksaan enjin, transmisi, sistem penyejuk dan sistem elektrik yang akan dilakukan tiga mekanik di setiap stesen servis berkenaan.
"Pemilik kenderaan Perodua akan dinasihatkan pergi ke cawangan servis terdekat mekanik ini sekiranya kenderaan mereka didapati perlu dibaiki," jelasnya.
Pemilik kenderaan persendirian juga mempunyai pilihan untuk menghantar kenderaan mereka menjalani pemeriksaan percuma yang ditawarkan oleh Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) di seluruh negara bermula dari 22 Ogos hingga 26 Ogos ini.
Pemeriksaan itu merupakan salah satu daripada komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usaha untuk memastikan kenderaan berada di tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.
4 comments:
pandu cermat, jiwa selamat. biar lambat asal selamat...
Teringat Kancil IM kat Perodua. Masih dalam proses baik pulih selepas kemalangan tempohari.
Hik!hik!
sbb nak balik kg ea?
masa ni baru nak servis kereta, bersumbat la
Post a Comment