Nak Souvenier best?

Pertubuhan Thalasemia Malaysia merayu..


ALOR SETAR — Persekutuan Pertubuhan Thalasemia Malaysia merayu kepada kerajaan agar meluluskan permohonan mereka mendapatkan peruntukan bagi menggunakan ubat berbentuk pil untuk pesakit Thalasemia.
Presidennya, Ramli Mohd. Yunus berkata, pada masa ini kerajaan hanya membiayai rawatan menggunakan mesin dan jarum suntikan bagi mengeluarkan zat besi berlebihan terhadap penghidap Thalasemia yang merupakan penyakit keturunan berkaitan ketidakseimbangan komponen darah.
"Pesakit Thalasemia di negara ini bertuah kerana kerajaan menanggung sepenuhnya rawatan untuk mereka sejak 2004. Bagaimanapun kita berharap untuk dapat menggunakan rawatan tanpa jarum dan mesin,” katanya di sini.
Ini kerana kata Ramli, kaedah rawatan ‘infusion pump’ ini yang mengambil masa lapan jam amat menyakitkan, namun disebabkan kos yang tinggi pesakit Thalasemia masih belum dapat menikmati kemudahan ubat pil yang ada sejak 2006.
"Kami menyedari kos ubat pil amat tinggi berbanding rawatan sekarang iaitu dua kali ganda. Tetapi demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada pesakit, kami mohon peruntukan untuk penggunaan ubat pil bagi pesakit Thalasemia di seluruh negara,” katanya.
Ramli yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persekutuan Thalasemia Antarabangsa turut memohon kepada Kementerian Kesihatan agar meneliti semula pam yang diguna untuk rawatan sedia ada kerana peralatan terbabit cepat rosak. — Bernama

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...