ALHAMDULILLAH,
Ketemu lagi kita di RAMADHAN kedua AKU SEORANG BLOGGER. Benar, ini adalah kali kedua sambutan bersama BLOG ALL IN ONE ini. Dan sedar tidak sedar juga gelaran AKU SEORANG BLOGGER ini semakin sinonim dengan diri ini walau penulisan memang HEBAT tetapi ramai lebih HEBAT lagi. Jadi, kali ini sebagai hadiah sempena RAMADHAN, sangatlah berbesar hati untuk berkongsi TIPS sendirian berhad merangkumi RAMADHAN.
1. TIPS BLOGGING DI BULAN MULIA RAMADHAN.
Seeloknya berblogging lah tentang perkara-perkara yang boleh membawa kebaikan kepada pembaca sekalian. Yang memberi pengajaran selain kepada diri sendiri, juga bermanfaat untuk kawan-kawan. Contohnya tentang saling menasihat, saling pesan memesan juga saling ingat mengingatkan antara kita mengenai kebaikan berpuasa, nasib mereka mereka yang kurang mampu berbanding kita, keberkatan RAMADHAN dan berkongsi peristiwa-peristiwa atau pengalaman yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita . Juga- kurangkan kontroversi serta tingkatkan kualiti BLOG!..
2.TIPS BLOGWALKING DI BULAN RAMADHAN.
BLOGWALKING pun ada tips juga ke? Semestinya ada! Sempena bulan RAMADHAN mulia ini, kita juga harus la pandai memilih blog blog yang berfaedah kepada kita.. Pertama , jauhila blog yang berupaya menguruskan PAHALA puasa kita. Elakkan lepas baca sesuatu entry tu, kita mengutuk penulis tersebut. Sebaliknya kita cuba memahami entry nya secara yang positif. Sebagai contoh, kalau entry dia mencerca orang seharusnya kita ambil iktibar dengan berazam untuk tidak menjadi seperti penulis tersebut.
3.TIPS AKU SEORANG BLOGGER MENJIMATKAN DUIT DI BAZAAR RAMADHAN.
Bagaimana caranya?.. Pertama sekali harusla menanam azam dalam diri sebelum ke BAZAR RAMADHAN tujuan utama adalah WINDOW SHOPPING!. Bila dah sampai, berjalanlah dengan sabarnya dari satu gerai ke gerai yang lain dan perhatikan apakah idea yang boleh dibuat entry nanti. Jika TERGODA dengan sesuatu, cuba tahan NAFSU itu dahulu sebaliknya set kan di minda bahawa masih banyak gerai dihadapan yang menyajikan juadah lebih enak. Cuba habiskan selama yang boleh dengan berjalan TAWAF Bazar tersebut. Akhirnya, bila dah penat, maka diri pun akan meronta untk dibawa pulang dan tiada lah yang dibeli seterusnya JIMAT DUIT dan KAYA idea sebab bila sampai rumah nanti macam macam cerita Bazar RAMADHAN yang boleh dikarang!
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyra& Lennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah“
2 comments:
tips nak maintain ibadah di bulan ramadhan tak de ke?
tips2...
:)
Post a Comment