KUALA LUMPUR – Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) dan University of East London (UEL) memeterai memorandum persefahaman bagi menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, program dua tahun itu dijalankan dengan cara ‘top-up’ pada Diploma Sains Kejururawatan selama tiga tahun yang ditawarkan Picoms sekarang.
"Kita sasar 100 pelajar setiap pengambilan, setiap tahun ada dua pengambilan iaitu pada April dan Oktober,” kata Jamil Khir, yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pada majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.
Pengerusi Eksekutif Picoms, Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad menandatangani bagi pihak kolej itu, manakala UEL diwakili Pro Naib Canselor, Prof John Shaw.
Jamil Khir berkata, program baru itu diharap dapat memberikan peluang kepada mereka yang tidak bernasib baik terutama golongan asnaf menyambung pengajian pada peringkat ijazah. — Bernama
1 comments:
eheheh......x sesuai...sbb garang sgtt
Post a Comment