SUNGGUHPUN terdapat jutaan rakyat di India yang menderita akibat dihimpit kemiskinan teruk, kehebatan negara itu mampu melahirkan ramai jutawan dalam pelbagai bidang menjadi perhatian dunia.
Salah seorang jutawan tersebut adalah pemilik syarikat konglomerat Reliance Industries, Mukesh Ambani, 54, yang menggemparkan dunia apabila membina kediaman setinggi 27 tingkat dan termahal di dunia.
Rumah idaman Ambani setinggi 173.73 meter dan seluas 3,437 meter persegi itu dikenali sebagai Antilia. Menelan belanja kira-kira AS$1 bilion (RM3.2 bilion), ia yang dianggap Taj Mahal kurun ke-21, dilengkapi pelbagai kemudahan ultra mewah seperti spa kesihatan, gimnasium, panggung wayang berkapasiti 50 tempat duduk dan kolam renang.
Lebih menarik, menara yang terletak di Altamount Road, iaitu kawasan kelas atasan selatan Mumbai, dilaporkan mempunyai enam tingkat tempat letak kereta, kolam renang, dewan tarian, tiga tempat pendaratan helikopter, sembilan lif dan empat taman tergantung.
Ambani dikatakan telah menggaji 600 orang kakitangan untuk bekerja di rumah mewah tersebut yang hanya dihuni oleh ahli keluarganya.
Reka bentuk rumah mewah berkenaan adalah ilham sebuah firma terkenal dari Chicago, Amerika Syarikat (AS), Perkins & Will manakala kontraktor pembinaan utamanya adalah syarikat Leighton Holdings yang berpangkalan di Melbourne, Australia. Menara seumpama tindanan bongkah-bongkah berbeza saiz itu mengambil konsep Asia kontemporari.
5 comments:
Kalau kakak nur jangan kata sebiji dapat setingkat dari bahagian itu dah lebih dari bersyukur....:)
Assalamualaikum Nur
dapat jadi jiran pun cukup laaa
boleh tumpang mandi di kolam renang...he he
Wassalam
nk minta rm 1 juta kat dia,agaknya boleh dpt tak..haha
cik bunga nk jugak seketul :)
Cik Bunga ditimpa eksiden, huwaaa.. sedihhh :(
tak nak lah rumah gitu. macam sekarang ni ok la.
tapi duit dia tu nak lah jugak.
Post a Comment