Nak Souvenier best?

RAMADHAN & DUIT RAYA.

Apa makna RAMADHAN buat orang biasa biasa?
Bangun awal untuk sahur. Lepas Subuh tidur balik.(Kadang sebelum Subuh dah tertidur- jadi Subuh Dinasour). Walau Syaitan dah DIIKAT, tapi tabiat 11 BULAN itu bagai sebati dalam diri. Jam 8 terpacak untuk kelas/kerja. Topik pagi " Apa menu berbuka nanti" Macam-macam la resepi dikongsi. Yang ada blog sibuk buat entry berbuka semalam sebab tak sempat tulis hari sebelumnya. Dah tengahari, sibuk ke Pasar cari bahan mentah.. Zohor?-- Ke Pasar dulu la.. bila masuk petang barula tunai kewajipan Zohor. Lepak lepak lagi, kerja begitu begini, tak kurang bertukar katalog biskut raya lagi. Belum loceng berbunyi, dah siap berdiri di depan mesin ketik kad walhal belum time lagi.. (sanggup tunggu, kot terlepas seminit- rugi!!). Konon nak masak, tapi tak jadi. Ada DUIT lebih ( sebab dah bajet bonus DATANG nanti), terus lencong ke PARAM kat kiri.
TupTapTupTap belanja tak hati hati- habis semua nak dibeli.. (Takpe DUIT mendatang nanti, boleh simpan sebagai DUIT RAYA nanti.. Dah ibarat " dengar guruh di langit air tempayan dicurah ke perigi".. Sekali tak jadi hujan, ,menyesal gigit gigit gigi). Sampai rumah tidur dulu, Maghrib lambat lagi. Waktu kecemasan, baru terhegeh nak menyuci diri.. Asar pun seperti lipas kudung berlari. Azan Magrib aje dah penuh perut diisi. Sebab kalau kerjakan Maghrib dulu-alasan tak khusyuk perut berbunyi-bunyi.
Kenyang perut senang hati.
Ala kadar aje Maghrib dikerjai.
NAFSU mengantuk menghantui.. Isya' tangguh lagi. Layan mata, beradu dulu ikutkan kata hati.. Lalu terawih tak jadi lagi malam ni(ulang aje yang sama sejak hari satu lagi..).
Nasib baik terjaga lagi sebelum imsak.. Sempatle alas perut asal tak berkeroncong esok pagi.

NAK JADI BEGINI KE?.. ORANG LAIN DAH JAUH KEHADAPAN DIK OIII.. BERLUMBA KEJAR AMALAN DI BULAN RAMADHAN BARAKAH INI...

TAK SEDAR LAGI?...

~Semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak pengajaran..

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

8 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kaut semua selagi berpeluang...

Abuya said...

thanx nur for the reminder. hopefully by today i'd post the entry. it takes sometime ntok entry this time. slamat berpuasa :)

e.l.i.s.s.m.i.e said...

good luck dear :) eliss submit satu entry ajer.

Mommy Fara said...

Tapi kan....manusia mmg mcm tu....kan?

Syigim said...

entry yg pedas! tp mcm mmg realitinya kan? thanks sama-sama ingat-mengingati!

- zuriey - said...

contest rupanya..nice..goodluck dear

insan_marhaen said...

bagi IM, ramadhan adalah bulan yang sibuk hingga tak terasa dah 10 hari kita berpuasa...

nabila faryzza said...

suka entri ni, encari button share,tapi tade so, jadikan sebagai motivasi utk diri sndiri je :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...