Nak Souvenier best?

Cerita Kat Jalan TAR bukan tar..

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Sepanjang Ramadan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan 7,307 kompaun kesalahan trafik kepada kenderaan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata nilai kompaun yang membabitkan pelbagai kesalahan trafik itu bernilai antara RM100 dan RM300.

Selain itu, sehingga hari ini sebanyak 114 kenderaan telah ditunda DBKL, katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar jalan terbabit.

"Hari ini saya meninjau keadaan di Jalan TAR dan Masjid India mendapati keadaan di sini lancar dengan perniagaan berjalan dengan baik dan menurut peniaga, pengunjung ke bazar ini lebih ramai daripada tahun-tahun sebelum ini.

"Kebanjiran pengunjung ini menunjukkan ekonomi kita sudah mula nampak pulih dan orang ramai juga memang suka berkunjung ke bazar membeli barang persiapan Aidilfitri pada waktu-waktu perayaan begini," katanya.

-- BERNAMA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...