Nak Souvenier best?

RESEPI MAKARONI BAKAR.

BOLEH TAK JUADAH BERBUKA PUASA NANTI UBAH SELERA.
TAK MAKAN NASI MACAM BIASA.
CUBA TRY RESEPI MAKARONI BAKAR INI.
DICOPY DARI LITTLEWORLD DOT COM.(TQ).

ATAU ADA YANG SPESIES TAK BOLEH KALAU TAK MAKAN NASI?..
SELAMAT BERBUKA SEMUA..

Makaroni Sos Bolognese

Bahan2:
3/4 paket makaroni- 400gm
Sos Daging (resepi dibawah)
Sos Putih (resepi dibawah)
60 gm mozarella/cheddar cheese - boleh tambah kalau suka; gantikan 1-2 kpg slice cheese

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin/minyak
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus-guna bawang besar biasa
500 gm Daging cincang
250 gm Tomato, kupas, parut (saya guna sos bolognese instant 500gm)
1 tin cendawan butang (saya tambah)
1 cawan mixed vegetable (saya tambah)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air or (just sos bolognese instant). Bubuh garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin -3 sb
50 gm Tepung gandum - 3 sb
400 cc Susu Cair Evaporated } guna fresh milk
100 cc Air }
125 gm Keju Cheddar parut - guna 4 slice cheese
1 blok kiub pati ayam
¼ s/k serbuk lada putih

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati ayam, serbok lada putih.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Cara
1.Rebus makaroni dgn sedikit garam.bila empuk sejatkan.
2. Sediakan sos daging dan sos putih
3.Panaskan oven...suhu oven 180°C
4.Sediakan loyang atau caserole, isikan makaroni diikuti dgn sos daging dan sos putih.
5.Akhir sekali taburkan cheese. bakar selama 20 min atau hingga sedikit kuning..

1 comments:

~Queen Q~ said...

nak try laaaaaaaaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...