Nak Souvenier best?

RESEPI TAT CHEESE.

RESEPI TAT CHEESE: SUMBER SINI: http://westernfood.yolasite.com/index/resepi-tat-keju-bluberi-blueberry-cheese-tart

Bahan-bahan untuk Pastri Tat Keju Bluberi
200g mentega/majerin
100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 cmt esen vanila

Cara membuat Pastri Tat Keju Bluberi
Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
Simpan didalam balang sehingga diperlukan.

INI PASTRY JE SAT LAGI INTI PULA..

2 comments:

.: iEyLa :. said...

yg ni pastri je ek sis..
ok2..hehe

teratai said...

oh..boleh cuba buat,x pernahpun buat tart biasanya buat biskut je..kena beli acuannya dululah kan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...